UBAT vs Vitamin (Supplement)
Ubat
Merupakan sejenis dadah (DRUG) yang biasanya dipakai untuk mengubati atau meredakan sesuatu penyakit atau sebagai rawatan. Misalnya, panadol yang dikenali sebagai paracetamol untuk menurunkan suhu badan apabila kita jatuh sakit. Jadi biasanya ubat diambil apabila kita sakit sahaja. Dengan itu, jika kita menyalahgunakan ubat-ubatan ini ia boleh membawa kepada kemudaratan. Contoh paling dekat; ubat batuk - jika diambil berlebihan boleh menyebabkan khayal.
Vitamin / Supplemen
Vitamin boleh didapati dalam bentuk pil,serbuk dan cecair. Pengambilan vitamin yang konsisten atau berterusan akan membentuk sistem imun yang kuat bagi melawan segala macam penyakit. Walau bagaimanapun, kesan vitamin bertindak secara perlahan-lahan namun menjanjikan kesihatan jangka panjang sedangkan ubat cepat meredakan sakit namun hanya untuk jangka pendek.
Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Supplemen terdiri dari 3 jenis iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplemen semulajadi.
Ubat diambil untuk tujuan RAWATAN manakala Vitamin diambil untuk tujuan PENCEGAHAN

~ Lebih baik mencegah daripada mengubati ~
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home