Sunday, 8 September 2013

Kenapa Supplemen penting kepada tubuh kita?

Apa sebenarnya Supplemen itu?
Supplemen ialah sebenarnya makanan tambahan atau vitamin yang kita makan untuk mendapatkan kesihatan optimum atau menyeluruh untuk tubuh badan kita bagi mengelak dan mencegah daripada penyakit. Pengambilan makanan tambahan merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama dan panjang umur.

Kenapa pentingnya Supplemen ini kepada saya dan keluarga saya?
Seperti yang kita tahu, pada masa kini gaya hidup kita sudah sangat berbeza daripada yang dulu kala.
Maksud saya di sini, tabiat pola pemakanan berubah, pencemaran udara sana sini, makanan yang banyak dicampur dengan bahan tambahan kimia dan sebagainya. Itu sebab supplemen atau makanan tambahan ini penting untuk menampung keperluan nutrien dalam badan kita.

Faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan;

1) Gaya hidup yang kurang sihat - seperti merokok dan mereka yang tidak merokok tapi terdedah kepada asap rokok dan asap-asap pencemaran di luar sana, kurang bersenam, makan lewat malam, bekerja  lewat malam, tekanan di tempat kerja, tekanan semasa kesesakan lalu lintas, segala macam tekanan dan banyak lagi.

Gaya hidup seperti ini, mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada kita. Badan kita akan secara tidak langsung akan berasa letih dan penat sepanjang masa ekoran gaya hidup  sebegini. Nutrien-nutrien penting tubuh seperti vitamin C dan vitamin B (anti stress) juga langsung terjejas dan kemungkinan juga musnah disebabkan oleh masalah-masalah ini juga.Bagi mereka yang gemar makan lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.

2) Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.

Pencemaran air misalnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran? Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap. Oleh itu pengambilan suplemen seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.

3) Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih.

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka.

4) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya.

Lazimnya kita memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Namun tahukah anda kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya.

5) Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.

Anda penggemar makanan atau minuman berkafein?
Tahukah anda kafein menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh? Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya diambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.

6) Tabiat Pemakanan

Tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mengejutkan. Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang dulunya hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila masa terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati 24 jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. Restoran makanan segera pula kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat. Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

7) Kehilangan nutrien dalam makanan.

Menyediakan makanan kegemaran untuk keluarga tersayang adalah  perkara yang sangat menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah direbus atau dipanggang sahaja.  (Credit)

Tanpa kita sedari badan kita secara tidak langsung telah kehilangan nutrien badan yang penting disebabkan oleh faktor-faktor di atas. Faktor yang diterangkan di atas adalah hanya sebahagian faktor sahaja.
Itulah pentingnya pengambilan supplemen tambahan ini, adalah disarankan mengambil supplemen yang lengkap dengan nutrisi yang baik bagi mendapatkan kesihatan yang optimum atau dengan kata lain sempurna.



Shaklee Vita Lea 180bj (juga dikenali sebagai Multivitamin)
Bagaimana multivitamin ini membantu tubuh kita?

Multivitamin ini pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun bekrja seharian suntuk.

Multivitamin ini juga ada pelengkap nutrisi. Bagi mereka yang hanya mengamalkan sayuran sahaja (vegeteria) adalah disarankan mengambil multivitamin ini untuk memenuhi nutrisi dieat tubuh. Ini juga sesuai bagi mereka yang menghidap anemia.

Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar, bertindak sebagai keupayaan sistem produktif. Vitalea ini juga menajadi elemen penting pada sel tubuh dalam menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid. Ia juga membatu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. Juga berfungsi melindungi buah pinggang, jantung dan hati.

Shaklee  B- Complex 120bj
mengandungi semua jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita

Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

Vitamin B3 - Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi

Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi dalam badan

Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Shaklee Vitamin C 180bj

Vitamin C ini dikenali sebagai Ascorbic Acid, sejenis nutrien yang larut dalam air penting untuk tumbesaran yang normal. Vitamin C ini bertindak sebagai anti-oksidan. Apakah anti-oksidan itu???

Anti Oksidan ialah nutrien yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang mana radikal bebas ini terhasil ketika tubuh banda menukar makanan kepada tenaga ataupun ketika kita terdedah kepada asap rokok dan radiasi. Radikal bebas yang terkumpul pada satu jangkamasa yang panjang mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan cepat sekali. Radikal bebas juga merupakan salah satu penyabab kepada kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit saraf seperto arthritis.

Antara lain fungsi-fungsi Vitamin C ini
  1. Membentuk protein yang penting untuk pembinaan kulit, tendon, ligamen dan pembuluh darah. 
  2. Membaiki dan memelihara rawan, tulang dan gigi dan meningkatkan keupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan 
  3. Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi 
  4. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam 
  5. Membentuk kolagen bagi melambatkan penuaan kulit 
  6. Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar) 
  7. Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi
Dapatkan set sihat optimum dengan shaklee dari saya hari ini.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home