Sunday, 15 September 2013

Vitamin C

Vitamin-C Sustained Release 500mg

Kenapa Vitamin-C Sustained Release?

Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini dan kenapa ia permintaan ramai?

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (oleh sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen) dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release. (credit)

Ketahui peranan Vitamin C?

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Ini kerana, Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C juga menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu prosesmetabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan interferon (hormon fungsi imun). Menurut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.



Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home