Kekal Cantik dan Seksi Selepas Bersalin
Rutin yang diamalkan supaya badan kekal cantik berseri dan seksi menawan selepas bersalin
Setiap wanita pasti menginginkan bentuk tubuh kembali mengiurkan seperti dara selepas mereka melahirkan anak.
Sebaik sahaja melahirkan bayi maka bermulalah waktu berpantang.
Pantang bersalin, apa maksud pantang bersalin ini?
Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya?
Pantang bersalin ini terkenal di kalangan wanita melayu dan tidak kurangnya wanita cina dan wanita-wanita bumiputera lain yang berada di sabah sarawak. Biasanya tempoh berpantang selepas bersalin ini ialah 44 hari hingga 100 hari. Pada tempoh ini, beberapa amalan akan dibuat oelh para wanita tersebut. Antaranya ialah mengenakan bengkung,bertungku, meletakkan pilis di dahi, berparam dan sebagainya.
Semasa tempoh ini pemakanan juga perlu dititikberatkan penjagaannya agar badan cepat pulih,luka bersalin cepat sembuh dan kering. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada si ibu sendiri, yang penting ianya dilakukan dengan cara yang betul supaya bentuk badan yang diidamkan akan diperolehi dengan jayanya kelak.
Antara amalan berpantang;
1) Bengkung
Ada 2 jenis bengkung ini ; 1) bagi yang bersalin normal dan 2) mereka yang bersalin secara caesearan (pembedahan). Biasanya bengkung berpelekat adalah pilihan ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, bengkung ini boleh didapati dari farmasi. Bagi wanita yang bersalin normal pula, mereka biasanya akan mengenakan bengkung tradisional yang mana harus diikat dan dililit lekap padan perut. Bengkung ini biasanya disertakan campuran herba khas terlebih dahulu sebelum digunakan aau dililit pada perut. Ini supaya, herba yang diletakkan pada bengkung tersebut boleh bertindak untuk menguatkan otot dan bahagian abdomen.
Kebaikan Berbengkung ini:
- Menguatkan Kulit kendur pada kawasan perut
- Menghilangkan parut atau tompok hitam pada perut (perkara biasa selepas melahirkan anak)
- Merangsang aliran darah ke kulit pada sekitar bahagian perut.
- Adalah dilarang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan untuk menggunakan herba. Bengkung mesti dipakai begitu sahaja tanpa ada herba.
2) Bertungku
Bertungku ini adalah rawatan paling asas sekali dan haruslah dilakukan ketika berpantang. Ini penting untuk melancarkan peredaran aliran darah kerana terdapat sel-sel dalam badan terputus semasa proses bersalin. Apatah lagi , apabila wanita itu melahirkan anak lelaki. Selain daripada itu, bertungku ini membantu dalam proses pengecutan rahim atau sistem peranakan.
Kebaikan bertungku ini adalah;
- Mengeluarkan darah beku dalam badan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan seseorang wanita itu jika kekal di dalam tubuh.
- Mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh
- Bertungku pada bahagian paha dan punggung adalah untuk proses pemecahan lemak
- Melegakan lenguh kaki akibat kontraksi yang lama sebelum melahirkan anak. Walaupun bersalin secara pembedahan, bertungku adalah digalakkkan.
3) Pilis
Pilis ialah campuran rempah yang diletakkan pada dahi wanita selepas bersalin yang bertindak untuk mengelakkan rasa mengantuk dan keletihan dalam kalangan para ibu yang banyak menyusukan bayinya tidak mnegira masa. Pilis ini juga membantu darah mengalir dengan lebih baik dan menggebukan kulit wajah. Pilis ini digunakan bagi menyejukkan dahi dan mengelakkan serangan sakit kepala.
Sementara itu, rambut yang diikat tinggi bagi mengetatkan kulit di sekitar kepala. Bahan utama yang ada dalam campuran rempah pilis adalah jintan hitam. Ini kerana rempah ini mempunyai kandungan minyak yang stabil dan mudah meruap.
4) Param
Param ialah rawatan ynag banyak diamalkan oleh masyarakat Jawa. Param ini merupakan pemanas badan bagi mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Biasanya param ini berbentuk serbuk dan haruslah dibancuh sebelum disapukan pada keseluruhan tubuh wanita berpantang.Wanita selepas bersalin tidak boleh bersejuk kerana mereka kehilangan banyak darah ketika bersalin. Oleh sebab itu mereka hendaklah memakai baju yang tebal supaya dapat sentiasa memanaskan badan.
Kelebihan lain param.
Menghangatkan tubuh dan melancarkan aliran darah.
Mengurangkan aliran air dalam badan.
Melegakan otot-otot yang sering keletihan dan juga menguatkan tisu dalaman tubuh
Membuang angin berlebihan dalam badan
Merawat masalah kulit yang tidak keterlaluan kerana ia bersifat antibakteria.
Selain dari 4 cara di atas adalah disarankan kepada wanita selepas bersalin ini supaya menjaga pemakanan mereka. Amalkanalah pemakanan bersifat panas seperti lada hitam, halia dan bawang putih. Jangan dilupakan madu asli kerana ia dipercayai dapat memperbaiki sistem dalam tubuh.
***************************************************
Boleh mengambil Shaklee Set Pantang
(VitaLea + B Complex + Vita C + Zinc Complex)
1. B kompleks (120bj)
-kesihatan sistem saraf
-byk saraf kita terputus ketika proses bersalin
2. Vitalea (multivitamin)
-mengandungi iron.
- iron perlu untuk membantu menambah darah kerana kita kehilangan darah yg sgt banyak ketika proses bersalin.
3. Zink 120biji
- mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.
4. Vita C
-membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
-mencerahkan kulit terutamanya kat kawasan yg teruk terjejas seperti celah peha, leher,ketiak dan perut
**********************************
Dapatkan harga murah anda dengan menghubungi Megi
******************************************
Hubungi Megi 0169571850
Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.
Labels: Cara Berpantang, Set Berpantang
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home