GOUT
Apakah itu GOUT?
Gout adalah satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia didifinisikan sebagai aras plasma urate (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout tetapi biarpun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya seseorang itu akan mengidap penyakit gout.
Gout terkenal di kalangan kaum lelaki kerana ianya sering menyerang kaum adam ini. Namun begitu kaum hawa juga tidak lari dari diserang gout; hanya selepas monopaus, tapi ini jarang berlaku.
Apabila gout menyerang, kaki biasanya akan menjadi sasaran di mana tulang pada ibu jari akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit (mencucuk-cucuk) hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Penyakit ini dikatakan adalah penyakit tertua yang mula dikenalpasti lebbih dari 2000 tahun dahulu. Gout ini adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang disifatkan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum dikenalpasti. Namun demikian, mereka yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV Hyperlipidaemia, Diabetes Mellitus, Ischaemic Heart Disease dan hypertension. Kadang-kadang, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka sendiri.
PERINGKAT GOUT
Gout boleh dibahagikan kepada 4 peringkat;
i) Asimptomatik (tiada simptom),
ii) akut, -pada kes ini, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya akan menyerang tisu lembut pada beberap sendi
iii) interkritikal
iv) kronik.
Pada peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil Polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan seterusnya diikuti dengan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
Selain kaki, gout menyerang pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara 5 hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas. Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan menjadi sangat sakit
Namun yang demikian, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik. Pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang juga dipanggil GOUT PALSU atau pseudogout.
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA GOUT
i) Jantina
Biasanya lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90% kes yang telah dilaporkan.
2) Gaya hidup
Mereka yang banyak minum minuman beralkohol terutama beer cenderung mendapat gout.
3) Obesiti
Terutama mereka yang mempunyai berat badan melebihi 66 kilogram daripada berat badan normal.
4) Penyakit (keadaan kesihatan dan ubat)
Penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
5) Genetik
Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
6) Umur
Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Menurut Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi. Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada pada sendi, buah pinggang atau kulit.
dan juga tangan yang mana dipanggil gout palsu atau pseudogout. (sumber)
PERAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi kita harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah;
- Rawatan serangan akut - rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Rawatan Jangka Panjang
- Harus sentiasa peka bagi mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
- Sentiasa menjaga berat badan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. -Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN atau KURANGKAN MAKAN
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Poultry
- Roti jagung dan bijirin (s)
Pencegahan
- Ambil supplement Advance Joint Health Tablets, OmegaGuard dan OsteMatrix
- Minum banyak air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
xoxo ♡
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Labels: Gout, Sakit Sendi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home