Bayi saya menangis 'tanpa sebab'
Lampin sudah bertukar. Sudah juga menyusu. Demam, tidak juga. Pelik kenapa si manja menangis tidak henti-henti.
Bayi comel pastinya ada sebab tersendiri mengapa mereka menangis. Meskipun, ibu bapa hebat mana sekalipun, mereka tidak dapat membaca fikiran si bayi.
Di bawah ada beberapa strategi dan method yang mungkin membantu mengurangkan rasa tekanan bayi anda.
1) Beri sesuatu yang bayi anda boleh hisap
Dengan memberi sesuatu kepada bayi kita untuk dihisap ini akan membuatkannya dalam keadaan yang tenang. Contohnya bagi dia, cucut atau pacifier.
2) Membedung bayi
Bayi akan berasa selamat dan selesa sekiranya kita bedung/'bungkus' dia dengan kemas dan selamat; menggendong bayi anda juga boleh membuatkan si bayi selesa dan selamat.
3) Musik dan Irama
Bagi dengar bayi anda lagu kesukaan anda (jgnlah pulak lagu rock!! karang melalak la pula si manja macam rock.hambek kamu >_< ke situ pulak) Lagu-lagu lullaby, perdengarkan kepada si manja anda. Anda juga boleh membawa bersama bayi anda menari - lihat apa tindakbalas bayi.
4) Bunyi hingar atau 'white noise'
Pelik tapi benar, mungkin semasa dalam kandungan bayi anda sudah terbiasa dengan bunyi-bunyi seperti ini, contohnya; bunyi vakum, bunyi kipas, bunyi air mencurah-curah dan sebagainya. Cuba untuk perdengarkan bayi anda bunyi-bunyian tersebut.
5) Udara segar
Cuba untuk keluar sekejap dari rumah, perhatikan, sekiranya bayi anda tiba-tiba diam; nikmati saat-saat itu, berbuallah dengan bayi anda - tunjukkan dia langit yang terbentang luas itu, bawa dia bercerita.
6) Gerakan
Bawa bayi dalam dakapan anda. Atau boleh duduk bersama bayi di kerusi malas atau duduk di atas exercise ball. Gerakan seperti ini boleh membuatkan bayi anda tidur.
7) Urutan lembut
Belaian lembut amat disukai oleh bayi. Jadi sentuhlah bayi anda dengan membuat urutan yang lembut. Jangan risau kalau anda tidak pandai mengurut, yang penting anda menyentuh bayi anda dengan lembut penuh kasih sayang,itu sudah memadai memberi keselesaan kepada bayi anda. klik
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home