Arghh!! Rambut saya gugur banyak!! Apa patut saya buat?
Tension dengan rambut yang gugur dengan luarbiasa? Menakutkan kan?
Entry ini saya mahu share apa faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut yang banyak ini.
Biasanya bagi wanita rambut gugur ini berlaku selepas bersalin atau melahirkan anak. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak dalam badan. Jadi yang ini tidak perlu risau, sebab ianya perkara biasa.
Antara lain faktornya ialah ketidakseimbangan hormon ketika monopaus, stress/tekanan melampau, kekurangan nutrisi, kelemumur, kulit kepala yang berminyak, sakit (demam, jangkitan dan selesema yang serius), penyakit tiroid, dan perubahan mendadak pada rambut seperti mewarnakan rambut, melunturkan warna (bleaching), rebonding dan perming.
Bagaimana mengawal keguguran rambut ini?
Keguguran rambut boleh dikawal dengan cara kita membasuh rambut dan menggunakan produk penjagaan rambut yang betul. Bagi rambut yang berminyak, kenalah dicuci setiap hari atau selang sehari. Ini untuk menghilangkan peluh, kotoran dan minyak yang melekat pada rambut dan kulit kepala. Sebaliknya bagi rambut kering cuci 2 kali seminggu sudah memadai.
Pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rambut dan bagi mengawal rambut daripada gugur. Pilihlah makanan yang berkhasiat dan baik untuk pertumbuhan rambut seperti kacang soya yang sangat kaya dengan zat besi dan Vitamin E. Zat besi sangat baik untuk hemoglobin (darah) yang mana membawa oksigen ke kulit rambut/kepala. Vitamin E pula sangat membantu dalam peredaran darah dalam kulit kepala. Buah badam (protein sayuran), ikan/salmon (omega-3), oren iaitu vitamin C yang sangat baik dalam penyerapan kolagen), dan juga kacang kuda (zinc dan Vitamin B6). Kekurangan zinc complex ini menyebabkan kelemumur di mana dari situlah bermulanya keguguran rambut.
Pola pemakanan yang seimbang ini dapat mengurangkan toksin dalam badan yang boleh menyumbangkan kepada keguguran rambut. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah rambut gugur tidak melebihi 50 - 100 helai, keguguran rambut itu adalah bersifat normal. Tetapi, jika ianya dalam jumlah yang banyak dan berterusan, adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor kerana ini mungkin disebabkan oleh penyakit lain.
Cadangan Suplemen baik untuk rambut supaya tidak gugur.
1) ESP (Protein)
2) B Complex
3) Zinc Complex
4) Vitamin C (Sustained Release)
*Rujuk di sini
xoxo ♡
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Labels: rambut gugur
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home