Sunday, 13 October 2013

Nail It! What Your Nails Say About Your Health

Kalau sudah ditakdirkan sebagai seorang wanita itu, maka kecantikan kuku memanglah sangat tidak dapat dipisahkan daripada si tuanpunya badan.

Wanita sangat suka meriaswarna kukunya kepada pelbagai warna-warna menarik. Tetapi tahukah anda di sebalik kecantikkan palitan warna tersebut, warna asli sebenar kuku kita boleh menceriterakan keadaan kesihatan tubuh badan kita.

Jadi, apakah anda hilangkan sebentar warna seksi kuku anda untuk melihat warna sebenar kuku itu  :)


Di bawah adalah 10 senarai kuku yang bermasalah yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan dalaman kita:

1. Kuku Pucat (Pale Nails)

Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Kuku pucat juga bermakna anemia atau kekurangan zat besi, di mana ia menyebabkan kulit dan tisu menjadi pucat, terutamanya tisu di bawah kuku. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran berdaun hijau, kekacang dan daging. Jika kuku anda adalah sangat pucat, sila rujuk kepada doktor anda kerana ia petanda penyakit yang serius seperti;
# Kongestif gagal jantung
# Diabetes
# Penyakit hati

(Cadangan makanan tambahan bagi masalah seperti ini ialah Vita-Lea + B complex + ESP[optional]

2. Kuku Kebiruan (Bluish Nails)

Permukaan kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam badan, dan kuku kebiruan ini bermakna kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi sehingga ke hujung jari kita. Manakala sesetengah orang mempunyai peredaran darah yang lebih perlahan terutama apabila berhadapan dengan suhu yang sejuk, kuku kebiruan ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.

3. Kuku Kekuningan (Yellow Nails)

Salah satu penyebab paling biasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan berkecai.Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk, penyakit paru-paru, kencing manis atau psoriasis.

4. Garisan Putih (White Lines)

Terdapat garisan putih mendatar merangkumi keseluruhan kuku, berpasang-pasang atau ia muncul lebih daripada satu kuku. Garisan ini dipanggil Muechrce's lines. Garisan-garisan ini disebabkan oleh gangguan bekalan darah tidak sampai ke kuku kerana adanya masalah buah pinggang dan masalah hati.

5. Separuh Putih, Separuh Coklta (Half Whote, Half Brown)

Kuku seperti ini bersangkutpaut dengan masalah kegagalan buah pinggang. Satu teori yang mengatakan bahawa kegagalan buah pinggang ini menyebabkan perubahan kimia dalan saluran darah telah menggalakkan pembentukan melanin (kulit seperti orang Afrika) dilepaskan ke kuku kita. Kuku seperti ini dapat dilihat pada 40% pesakit buah pinggang, pesakit kemoterapi, dan sesetengah peghidap AIDS

6. Garisan Hitam di bawah kuku (Dark Lines beneath the nail)

Walaupun garisan hitam ini adalah perkara biasa di kalangan mereka yang berkulit gelap tetapi kadang-kadang ini mungkin disebabkan oleh melanoma, kanser kulit yang berbahaya. Jika ini berlaku pada kuku anda sila buat pemeriksaan doktor secepat mungkin.

7. Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail Fold)

Jika kulit di sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder. Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak dan juga radang pada pelipat kuku ini.

8. Mengigit kuku (Gnawed Nails)


Menggigit kuku mungkin tidak lebih dari kebiasaan atau tabiat lama, namun dalam beberapa kes ini adalah tanda kegelisahan terus menerus yang memerlukan rawatan. Menggigit kuku seringkali dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, anda disarankan berbincang dengan kaunselor atau dengan doktor anda.

9. Kuku yang Retak (Brittle Nails)

Kering, kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau tercabut yang bergabung dengan warna kekuningan mungkin kerana jangkitan kulat. Ujian darah ringkas boleh dijalankan untuk memeriksa penyakit tiroid ini, dan ini boleh dirawat dengan  preskripsi dari doktor.

10. Kuku yang Berdesir (Rippled Nails)


Jika permukaan kuku yang bergelombang dan bertompok-tompok, ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau artritis inflamasi. Perubahan warna kuku adalah perkara biasa dalam kes ini dan kulit di bawah kuku juga kelihatan merah-coklat.

Sila ketahuai bahawa petanda yang kuku kita tunjukkan tidak semestinya serius tetapi ini ialah petanda penyakit yang mungkin kita tidak sedari. Jadi jangan pandang enteng tentang tanda kuku ini. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan seperti doktor untuk membuat pengesahan kesihatan supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan seawal yang mungkin.

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home