Wednesday, 2 October 2013

Apa itu Kolagen?


Apa Sebenarnya Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya  merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan  dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai  polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai  panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan  terpenting abad ini.
Kolagen terdapat  pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku),  tulang, tendon ,rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan juga organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I: Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: Ada pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata

Kolagen III: Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim

Kolagen IV: Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: Permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.

Hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin - melembapkan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • Memelihara  kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan(inflammation)
  • Memberi tenaga
  • Membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
TANDA TANDA PENUAAN
  • Kulit kusam
  • Tidak bermaya
  • Tiada Seri
  • Kulit berkedut dan mula kendur
  • Pigmentasi kulit 
  • Cepat letih dan lesu
  • Sakit badan dan sendi
  • Mudah lupa
  • Kurang penglihatan
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan  kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya akan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.  Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh  daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti Osteoarthritis (sakit sendi), Osteoporosis, Arteriosclerosis selain untuk  kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home