Sunday, 13 October 2013

Kenapa ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) sangat-sangat Istimewa?!

APA YANG ADA PADA ESP SHAKLEE INI?

Perbezaaan ESP Shaklee dengan Soy Protein lain yang ada di luar sana!

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana telah dibuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahuai protin soya adalah faktor penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia iaitu dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan . Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non-GMO' (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gram (1 tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP Shaklee ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, taida asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukan anda?!
Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflovan yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kriikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

KEBAIKAN UTAMA ESP SHAKLEE

i) Awet Muda : Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

ii) Baik untuk Hormon : Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya denga isoflvones, fungsinya bersamaan denga hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

iii) Baik untuk Prostat : Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti berkeupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

iv) Kulit Remaja : Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan luka sembuh dan mengurangkan kesan parut.

v) Pembekal Tenaga : Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.

vi) Membaiki Pigmentasi : Membaiki masalh rambut seperti rambut beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

vii) Membaiki Memori : meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

APAKAH KEPENTINGAN PROTIN INI KEPADA SAYA?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, pada setiap organ dalam badan kita protin amat diperlukan. Kekurangan protin ini menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan pepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

APA ITU ASID AMINO?

Asid amino adalah unit terkecil dari protein dan boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen, dan hidrogen molekul.

Protin terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tidak perlu. Manakala asid amino tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Harga pasaran : RM155 (SS) , RM 150 (SM)


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: , , , , , ,

Wednesday, 2 October 2013

Shaklee Collagen Powder

Kekuatan Shaklee Collagen

Adalah merupakan collagen powder (supplemen) yang unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) propretari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Terdapat 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan kita dari dalam dan luar.


Manfaat Utama Kolagen Shaklee:

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seoerti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan sebagainya. Oleh itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

Tampak lebih Muda. - Kolagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
- Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
- Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik.Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
- Membantu menghilangkan tanda penuaan.

Rasa Lebih Muda.- Kolagen penting untuk tulang sepeti tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
- Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
- Baik untuk mata. Kornea memerlukan nutrisi kepada otak dan in disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak kita mendapat kolagen agar minda kita tetap berkeadaan baik. 

 Testimoni Pengguna Kolagen Shaklee:





Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: , ,

Apa itu Kolagen?


Apa Sebenarnya Kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya  merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan  dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai  polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai  panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan  terpenting abad ini.
Kolagen terdapat  pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku),  tulang, tendon ,rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan juga organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I: Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II: Ada pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata

Kolagen III: Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim

Kolagen IV: Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: Permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN

Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.

Hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin - melembapkan kulit.
alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

Arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • Memelihara  kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan(inflammation)
  • Memberi tenaga
  • Membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
TANDA TANDA PENUAAN
  • Kulit kusam
  • Tidak bermaya
  • Tiada Seri
  • Kulit berkedut dan mula kendur
  • Pigmentasi kulit 
  • Cepat letih dan lesu
  • Sakit badan dan sendi
  • Mudah lupa
  • Kurang penglihatan
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan  kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya akan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.  Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh  daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti Osteoarthritis (sakit sendi), Osteoporosis, Arteriosclerosis selain untuk  kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Labels: