Sunday 10 November 2013

Anemia (Kurang Hemoglobin)


Anemia ialah keadaan di mana badan kita tidak mempunyai cukup darah merah atau hemoglobin rendah. Hemoglobin ini adalah protein di dalam sel-sel darah merah yang mengandungi besi dan juga berfungsi sebagai pengangkutan oksigen.

Anemia adalah penyakit yang paling biasa. Kira-kira terdapat 3.5 juta penduduk Amerika mengalami anemia ini. Anemia ini juga berlaku sekiranya seseorang itu mengalami malnutrisi. Malnutrisi adalah keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakanan seseorang individu. Selain itu anemia yang teruk juga disebabkan oleh Malaria.

Mereka yang semenangnya telah dijangkiti Malaria sudah mempunyai anemia sedia ada, ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan Helminthiasis (penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit).

Terdapat banyak jenis anemia (malah beratus-ratus), ianya dikelaskan kepada 3 kumpulan:

i) Kehilangan darah yang berlebihan 
Pendarahan kronik (pendarahan jangka panjang) sering tidak dapat dikesan untuk masa yang lama di mana pesakit secara beransur-ansur kehilangan darah, sekaligus kehilangan sel-sel darah merah dan hemoglobin. Pendarahan akut (bukan jangka panjang), juga boleh mengurangkan bilangan sel darah merah. Kehilangan darah yang berlebihan boleh disebabkan oleh:

Ulser perut.
Buasir.
Radang perut (gastrik).
Kanser - kadang-kadang kanser perut atau usus boleh menyebabkan pendarahan.
Sesetengah ubat-ubatan - NSAIDS (nonsteroidal ubat anti-radang) jika digunakan untuk tempoh yang lama, atau dalam dos yang tinggi, kadang-kadang boleh menyebabkan pendarahan perut.
Bersalin - bersalin sering melibatkan kehilangan darah.
Haid - wanita yang mempunyai tempoh yang amat lama (menorrhagia) mempunyai risiko yang lebih tinggi terjadinya anemia.
Pembedahan
Trauma yang menyebabkan pendarahan, seperti kemalangan kereta.
Derma darah - beberapa penderma darah yang kerap boleh mendatangkan anemia.

ii) Hemolisis / Pemusnahan sel darah merah yang keterlaluan

Biasanya satu sel darah merah itu akan hidup selama 110 hingga 120 hari dan selepas itu ianya akan rosak dan akan di keluarkan oleh limpa. Sesetengah penyakit dan keadaan sesorang itu menyebabkan sel darah merah itu termusnah dengan awal. Apabila ini berlaku maka tulang sumsum akan membuat sel-sel darah merah lebih dari biasa dan sekiranya ia tidak dapat menanggung penghasilan sel-sel baru ini maka kiraan sel darah merah akan mula jatuh yang seterusnya membawa kepada hemolisis.

Perkara-perkara berikut boleh menyebabkan hemolisis:
Tindak balas imun
Jangkitan
Sesetengah ubat-ubatan
Toksin (racun)
Beberapa prosedur perubatan, seperti menggunakan mesin pintasan jantung-paru-paru, atau hemodialisis (yang digunakan oleh pesakit dengan masalah buah pinggang)

iii) Pengeluaran atau Penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan)

Dalam kes ini badan sama sekali tidak menghasilkan sel darah merah yang cukup atau pun ia memang tidak berfungsi dengan baik. Mereka mungkin mempunyai:

Anemia sel sabit - satu penyakit yang diwarisi yang menyebabkan sel-sel darah merah mempunyai bentuk bulan sabit. Sel-sel darah merah pecah dengan cepat, sebelum oksigen dan nutrien sempat sampai kepada organ-organ penting.

Tidak cukup besi (kekurangan zat besi) - ini biasanya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, kehilangan darah, atau berkeupayaan untuk menyerap zat besi daripada makanan. Anemia disebabkan kekurangan zat besi di kalangan wanita hamil yang tidak mengambil zat besi tambahan adalah perkara biasa.

Kekurangan vitamin - seperti vitamin B12, biasanya disebabkan kerana perut tidak boleh menghasilkan cukup bahan yang dipanggil faktor intrinsik yang penting untuk vitamin B12 untuk diserap daripada makanan dan minuman.

Masalah tulang sumsum - Penghasilan sel darah merah ini berasal daripada sum-sum tulang. Jika sumsum tulang rosak maka tidak sempurnalah penghasilan sel darah merah ini. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin B12, leukemia, keradangan jangka panjang (contohnya artritis reumatoid ), atau jangkitan jangka panjang.

✓ HIV/AIDS, artritis reumatoid, dan penyakit Crohn serta Malaria yang menyebabkan anemia di kalangan berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Apakah tanda-tanda anemia?

✓ Sering letih
✓ Kelesuan, sikap acuh tak acuh, rasa malas
✓ Sesak nafas, sukar atau berusaha bernafas
✓ Tumpuan yang lemah
✓ Berdebar-debar - debaran jantung sangat kuat
✓ Kepekaan kepada suhu sejuk

Tanda-tanda berikut mungkin, tetapi kurang biasa
✓ Tinnitus (deringan di telinga)
✓ Sakit kepala
✓ Deria rasa terjejas
✓ Lidah sakit
✓ Dysphagia - kesukaran yang menelan
✓ Pucat (kulit pucat)
✓ Glossitis atropik - lidah sangat licin
✓ Kuku kering 
✓ Chelosis sudut - ulser di sudut mulut
✓ Sindrom kaki resah - ini adalah lebih biasa di kalangan pesakit dengan anemia

Tanda-tanda berikut mungkin, tetapi amat jarang berlaku
✓ Bengkak kaki dan / atau tangan
✓ Pedih ulu hati kronik
✓ Muntah-muntah
✓ kuat berpeluh

✓ Darah dalam najis 

{Set Cadangan}
Cegah dan Rawat Anemia dengan Vita-lea + B Complex + Vita C SR + ESP + MealShakes + DTX Complex

[ Vitalea® Iron Formula ] : Penting untuk pembentukan sel darah merah
[ B Complex ] : Amat diperlukan dalam penghasilan sel darah merah (B12,asid folik)
[ Vita C SR ] : Membantu dalam penyerapan besi, folik dan B12
[ ESP ] : Meningkatkan tenaga
[ MealShakes ] : Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
[ Alfalfa ] : Kaya dengan mineral galian
[ DTX Complex ] : Dandelion mempertingkatkan keupayaan tubuh menyerap besi dari makanan


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:           
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels:

PENYAKIT PARKINSON

Apakah itu panyakit Parkison?


Penyakit Parkinson atau Parkinson's disease (PD) adalah penyakit yang melibatkan sistem saraf otak di mana terdapat kelainan degeneratif dari sistem saraf pusat yang menyebabkan gangguan pada sistem motorik dan biasanya penderita mengalami tremor (gegaran), kejang otot, kesukaran berjalan, gangguan keseimbangan badan dan pergerakan menjadi lambat.

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan berbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri.

Kebanyakan pesakit Parkinson berusia 50 tahun ke atas. Kajian terbaru menunjukkan faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang menghidapnya.

Gejala Parkinson
Tangan, kaki atau badan menggeletar
Masalah pergerakan tidak normal (dyskinesia)
Kepala, tangan dan kaki bergoyang seperti menari
Serangan bermula pada sebelah badan
Penyakit bertambah buruk jika pesakit mengalami tekanan perasaan
Tekanan darah akan lebih tinggi

Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. Adalah penting untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.  VivixShaklee suplemen terbaik merawat Penyakit Parkinson. (source)

Apakah sebenarnya Vivix ini?

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dalam kajian, ramuan Vivix ini telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

KENAPA VIVIX?

 Memperbaiki DNA. setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

✔ Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

✔ Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Vivix® merupakan tonik anti-penuaan untuk berbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan banyak lagi. Mengandungi Resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan secara cepat.

Kata-kata Pengguna yang berpuas hati dengan Vivix® tonik ajaib ini.





Anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX™ sahaja sehari. Vivix Shaklee suplemen terbaik merawat Penyakit Parkinson.

Vivix juga boleh diberikan kepada mereka yang mengalami masalah berikut:
1. Jantung / Darah tinggi / Kencing manis
2. Parkinson
3. Rabun malam
4. Kanser / Tyroid
5. Angin dalam badan
6. Monopouse
7. Urat saraf / lengoh badan
8. Tenaga batin 
  

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:             
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850         
Email: mg.healthcorner@gmail.com                                                                                   {disclaimer}

Labels:

Saturday 9 November 2013

Risiko Penyakit Berkaitan Otak


BERWASPADALAH dengan penyakit yang menyerang bahagian otak kerana di dalamnya terdapat sistem saraf pusat tubuh yang mengawal seluruh pergerakan tubuh. Otak mempunyai berjuta-juta sel saraf yang saling berhubung antara satu sama lain sekaligus mengatur kerja otak. Otak dibahagikan kepada 3 bahagian:

  i) Otak Besar / Serebrum
ii) Batang Otak / Trunkus Serebri
iii) Otak Kecil / Serebellum

Adalah sangat penting bagi kita menjaga kesihatan otak agar sistem kerjanya tidak terjejas. Namun demikian, risikonya tetap ada memandangkan gaya hidup masa kini yang tidak begitu menyihatkan.
Di mana situasi ini mengundang risiko pelbagai penyakit menyerang tubuh termasuk di bahagian organ utama iaitu otak.
--------------------------------------------------------------------
1) ATAXIA : Menyerang bahagian otak kecil, ia menyebabkan gangguan pada saraf motorik tubuh. Dikatakan disebabkan oleh virus tanggapan ini didakwa kurang tepat. Sebenarnya ia disebabkan oleh faktor keturunan dan mutasi gen. Kesakitan akan dirasai perlahan-lahan dan tubuh kemudiannya akan menjadi lemah. Antara ciri individu menghidap ataxia ialah sering jatuh tanpa sebab, tidak dapat menyeimbangkan tubuh atau lebih teruk lagi mengalami kelumpuhan.

Penderita Ataxia akan mengalami kegagalan dalam mengendalikan otot pada bahagian tangan dan juga kaki. Akibatnya berlaku gangguan keseimbangan dan koordinasi atau gangguan keseimbangan dan koordinasi atau gangguan GAIT (Glusosamine / Chondroitin Arthritis Intervention Trial). Gerakan mata yang lambat dapat dikesan dalam beberapa kes penyakit ataxia. Sejauh mana kroniknya penyakit ini bergantung pada jenis dan tempoh gejala mula dikesan. Beberapa pemeiksaaan akan dilakukan bagi mengesan penyakit ini.

.. Elektromiogram (EMG) yang berfungsi mengukur aktiviti listrik sel-sel otot ..
.. Elektromiogram (EMG) yang memberi grafik aktiviti listirik atau pola denyutan nadi ..
.. Ekokardogram yang bertindak merakam posisi dan pergerakan otot jantung ..

--------------------------------------------------------------------

2) ALZHEIMER : Penghidap Alzhiemer pada tahap sederhana sudah tidak mampu melakukan rutin-rutin asas seperti menggosok gigi dan menyisir rambut. Mereka sudah tidak mampu berfikir dengan jelas. Dalam masa yang sama masalag berbicara, membaca,menulis dan memahami sesuatu semakin kelihatan. Penghidap juga cepat menjadi gelisah, cemas dan agresif. Dalam banyak kes ramai yang keluar dari rumah dan tidak tahu jalan pulang. Terdapat gejala yang boleh dikesan pada penghidap Alzheimer.

.. Mengalami kekejangan, jangkitan kulit dan kesukaran menelan ..
.. Kerap mengerang, merintih dan merengus ..
.. Tidak mampu berkomunikasi dengan baik ..

--------------------------------------------------------------------


3) SKIZOFRENIA : Ketidakseimbangan pada salah satu sel kimia dalam otak yang dinamakan dopamin dikatakan menjadi punca kepada penyakit ini. Penghidap Skizofrenia mengalami kesukaran untuk membezakan antara fantasi dan realiti. Gejalanya boleh dikesan dengan mudah iaitu berhalusinasi, delusi, liar dan kurang bermotivasi.

Rawatan yang boleh diberikan ialah ubat-ubatan, psikoterapi, kaunseling dan rehabilitasi. Ubat Alhaloberdol dan Alklorobermazzin boleh meringankan gejala psikotik dengan merawat halusinasi audio dan juga delusi.
Kaunseling pula membuatkan penghidap lebih memahami keadaan sendiri. Rehabilitasi pula adalah proses berterusan bagi mengembalikan keupayaan individu selepas mengalami peristiwa pahit atau kecederaaan.

Bersenam dan mengamalkan pola pemakanan seimbang bagus untuk menyembuhkan Skizofrenia. Pengambilan Omega 6 akan mempercepatkan radangan dan mempercepatkan respon depresi. Begitu juga dengan Omega 3, ia mengandungi unsur anti radangan sekaligus mengurangkan tekanan dengan efisyen.

--------------------------------------------------------------------

4) EPILEPSI : Terjadi kerana serangan pada neutron motorik dan neuron sensorik yang berlaku secara berulang-ulang. Ada kalanya isyarat-isyarat saraf tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Kekejangan yang datang tiba-tiba merupakan gejala awal yang dapat dikesan pada epilepsi.

Epilepsi berasal dari perkataan Greek, epilambanien, yang membawa maksud serangan. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana epilepsi ini boleh menyerang tanpa adanya rangsangan daripada luar. Jika terdapat rangsangan, itu bukanlah epilepsi dan ia mungkin disebabkan oleh kadar gula yang rendah dalam darah.

Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Sel-sel sepatutnya menjana aliran elektrik ke dalam otak. Apabila ia tidak stabil, pada waktu itulah epilepsi akan berlaku. Terdapat beberapa jenis epilepsi yang boleh menyerang.

.. [Rolandik Epilepsy] Kerap menyerang kanak-kanak dan berlaku di kawasan otak rolandik. Berlaku ketika sedang tidur, gejalanya boleh dikesan apabila rasa aneh di bahagian mulut, air liur meleleh dan kejang otot di bahagian mulut ..
.. [Chilhood Absence Epilepsy] Juga dikenali dengan nama petit mal, gejalanya boleh dikesan apabila tiba-tiba merenung jauh sehingga tidak sedar akan keadaan sekeliling dengan mata terkebil-kebil ..
.. [Generalised Tonic Clonic Epilepsy] Nama lainnya ialah grand mal. Penghidap akan tidak sedar/pengsan secara tiba-tiba. Ia seterusnya diikuti dengan otot kaki dan tangan menjadi kejang ..

--------------------------------------------------------------------

5) PARKINSON : Merupakan satu lagi penyakit otak yang berbahaya, ia adalah penyakit degeneratif saraf. Parkinson disebabkan oleh jangkitan virus dan pengambilan ubat-ubatan yang mengurangkan pembentukan dopamin. Pesakit ini sukar untuk menggerakkan tubuh dan memberikan ekspresi pada wajah. Terdapat gejala-gejala yang boleh dilihat pada penghidap parkinson.

.. Goncangan pada tangan dan kaki ketika berehat ..
.. Adakalanya kaku di bahagian tangan, kaki atau badan ..
.. Langkah dan gerakan menjadi perlahan ..
.. Tidak stabil ketika berdiri atau berjalan ..

(dipetik dari mjlh rapi: susunan Salwana Mohammad)
*******************************************************
Disebabkan kesihatan gaya hidup masa kini yang semakin merosot adalah sangat penting bagi kita untuk memberikan nutrien yang penting kepada tubuh kita sekaligus sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan otak kita.

Supplemen penting yang harus diambil oleh setiap kita dalam mengekalkan kesihatan optimum yang berpanjangan ialah:

i) Vitalea  120 biji : RM88.75 (SM) / RM93.75(SS)
ii) B Complex 120 biji : RM53.75 (SM) / RM56.25 (SS)
iii) OmegaGuard 90 biji : RM136 (SM) / RM140 (SS)
iv) Nutriferon :
v) Vivix




Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels:

Vivix


. Satu penemuan REVOLUSIONARI dalam anti penuaan pada tahap sellular

. Vivix® merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Dalam kajian, ramuan Vivix ini telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular iaitu:

Kerosakan DNA di mana setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakan DNA. Serangan-serangan ini merosakan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix ini melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

✔ Pengawalan Genetik pengawalan genetik ini menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selullar.

Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

✔ Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

✔ Penimbunan Protin AGE Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.

Ramuan aktif Vivix ini juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, pelrindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejateraan.

Apa kata pengguna?






Baca lebih lanjut di sini





Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:      
   
xoxo ♡                                                                                                  
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850      
FB: Megi's Health Corner 
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels:

Lelaki dan Kanser Perut

Kanser perut sering dikaitkan dengan pengambilan yang  mengandungi banyak garam.
Vitalea B complex OmegaGuard

Punca sebenar kanser perut ini masih belum dikenalpasti, namun pakar perubatan percaya yang ianya berkait rapat dengan jangkitan bakteria Helicobacter pylory (H pylori). Bakteria H pylori ini dikelaskan sebagai karsinogen kelas pertama yang boleh menyebabkn kanser perut namun ia boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik dan pesakit biasanya akan pulih dalam masa seminggu.

Kanser perut ini  menduduki tempat ketujuh daripada 10 kanser paling biasa di negara kita Malaysia dengan anggaran 1,400 penduduk Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Ini biasa berlaku pada sesiapa sahaja terutamanya mereka yang bergelar lelaki yang dalam lingkungan 45 tahun dan ke atas.

Pesakit biasanya akan menyangka itu hanyalah gastrik biasa apabila sakit ini menyerang. Ini kerana pada peringkat awal kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama. Kanser perut adalah kanser malignan iaitu boleh merebak dan berasal daripada lapisan pelapik dalam perut.

PUNCA JANGKITAN
Adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kerana bakteria H pylori ini boleh tersebar melalui dua cara iaitu:   
i) Kitaran Najis Ke Mulut
 Bakteria daripada najis boleh tersebar jika pembawa tidak mencuci tangan dengan bersih atau melalui air dan makanan tercemar.

ii) Mulut ke Mulut
 Melalui air liur pembawa apabila terkena tangan, makanan atau air Radang yang semakin teruk ini akan mengakibatkan gastritis serta penyakit ulser dalam perut jika tidak dirawat segera. Walaupun badan menghasilkan antibodi, ia masih tidak berupaya menghapuskan bakteria ini dan jika dibiarkan ia boleh mengakbatkan kanser perut. 

Gejala Awal Kanser Perut (Hampir Sama Dengan Gastrik) iaitu:
Tiada selera makan
Pedih ulu hati
Masalah pencernaan
Perut berasa kembung dan tidak selesa
Mual

Jika lebih serius, pesakit boleh mengalami gejala seperti :
Tidak selesa pada bahagian atas abdomen (perut)
Najis berdarah atau berwarna gelap kehitaman
Muntah atau muntah berdarah
Turun berat badan

+++++++++++++++++++++++++++++
SIAPA YANG BERISIKO?

. Lelaki (dua kali ganda berbanding perempuan) .
. Kurang makan makanan berserat .
. Pemakanan yang tinggi kandungan garam, jeruk atau bahan pengawet .
. Radang gastrik yang kronik .
. Pernah mengalami masalah polip gastrik .
. Mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser perut (yang boleh menyebabkan risiko menjadi dua atau tiga kali ganda) .
. Merokok .
. Mengambil terlalu banyak minuman beralkohol .
<sumber: majalah rapi>

__________________________________________________________________
Langkah Pencegahan amat penting dalam menangani Kanser Perut ini berlaku. 
Atasi dengan mengambil :

i) Vivix - Amat penting dalam membantu mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sellular
ii) Nutriferon - penting dalam merangsang sistem imun
iii) Vita C SR - Antioksidan yang kuat
iv) B Complex - Penting dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga
v) Peppermint Ginger - Membantu Pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
vi) OmegaGuard - Menghalang saluran perut dan usus dari ulser
vii) Carotomax - Memelihara membran mukosa perut dan usus
  

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: ,