Wednesday 18 June 2014

Apa itu Radikal Bebas dan Anti-Oksidan?

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.





Bagaimana radikal bebas ini menganggu sel badan yang lain?
Radikal bebas ini beredar dalam tubuh dan berusaha untuk mencuri elektron yang ada pada molekul lain seperti DNA dan sel .Ini akan menyebabkan DNA dan sel-sel yang baik itu akan rosak kerana wujudnya banyak toksin dalam badan. Kerosakkan sel ini akan menyebabkan terjadinya proses penuaan menjadi sangat cepat dan kita sangat senang diserang penyakit dan kanser.

Auntie Oxidant = Vitamin A, Vitamin C and Vitamin E

Apa itu anti-oksidan dan bagaimana ia memerangi radikal bebas itu tadi?
Anti Oksidan merupakan zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas.

Bagaimana ia memerangi radikal bebas?
Antioksidan membantu dalam menghentikan proses pemusnahan sel dengan cara memberikan elektron kepada radikal bebas. Antioksidan akan meneutralise radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi untuk mencuri elektron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat kompleks tapi secara sederhana dapat dilukiskan seperti itu.

Apakah jenis penyakit yang berhubungkait dengan radikal bebas itu?
Beberapa penyakit degeneratif berhubung erat dengan radikal bebas. Antaranya, kanser, penyakit jantung dan pembuluh darah, katarak, dan penurunan fungsi kognitif. Proses penuaan yang cepat juga berhubungan dengan radikal bebas. Antioksidan dipercaya mampu untuk mencegah penyakit ini.

Dari manakah sumber antioksidan ini?
Antioksidan biasanya dapat diperolehi dari makanan yang kita ambil.  Namun makanan atau buah-buahan yang kita tanam itu (pada masa sekarang) terdedah pada pencemaran udara,air dan sebagainnya. Dalam makanan, sebaiknya makan sayur yang mentah atau ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur tersebut. Tetapi bukan semua kita suka makan sayur atau ulam. Yang mana badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa yang larat makan 7 biji oren setiap hari. Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6 x 7 = 42 biji oren perlu disediakan setiap hari?!!

Tidak ada masalah sekiranya kita mampu menyediakan semua itu. Tetapi, itu belum lagi dapat mencukupi keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

Kekurangan anti oksidan boleh dilihat pada badan sentiasa penat (walaupun sudah cukup rehat), selalu stress, selalu selesema (tanpa masalah sinus), hormon tidak stabil bila kita tidak mampu  berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhku dan keluargaku?"

Vitamin yang diperlukan untuk keperluan lengkap dalam memerangi radikal bebas ini ialah Vitamin A (Vitalea-Multivitamin), Vitamin C dan Vitamin E.


xoxo ♡                                                                                                            
Megi || Call/SMS 0169571850  
FB: Megi's Health Corner

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home