Senguggut Melampau (Period Pain)
Apa itu Senggugut dan Bagaimana ia boleh berlaku?
Senggugut adalah disebabkan oleh pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar.
Antara simptom-simptom PMS adalah :
Sakit pinggang yang teramat sangat, tegang perut di bahagian ari-ari, Sakit kepala, rasa loya dan muntah, sakit belakang, dan macam-macam lagi
CARA MENGATASI SENGGUGUT;
Ubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
1) Perbaiki diet; Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik/mendadak. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
2) Kurangkan pengambilan garam
3) Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
4) Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
5) Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
6) Kekal aktif. Teruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Luangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
7)Berhenti merokok bagi yang merokok. Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
8)Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
9) Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
****
Supplemen Yang banyak membantu dalam mengurangkan masalah Senggugut ini;
Bagaimana vitamin ini bertindak dan membantu?
1) Shaklee GLA Complex
Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis
2) Ostematrix Shaklee
Wanita yang mengambil kalcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3) B Complex Shaklee
: Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
: Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
: Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
: Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
: Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindarkan anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
xoxo ♡
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home