ALAMAK JERAWAT!
Menurut Dr Wang Zheng Hu, doktor perubatan kaedah Cina, lokasi bintik jerawat yang terdapat pada wajah kita adalah disebabkan oleh masalah dalaman tubuh kita. Teknik face mapping merupakan gabungan ilmu perubatan tabib kuno Ayureda dan Cina menjelaskan bagaimana bahagian tertentu pada wajah kita ada kaitan dengan organ dalaman tubuh kita.
SET KULIT CANTIK BERSERI dan GLOWING, SEMUA BERMULA DARI DALAM
Spot 1 dan 2 : Sistem Pencernaan (Masalah Pencernaan)
↬ Kurangkan makanan seperti junk food, fast food, makanan bergoreng dan makanan berlemak.
↬ Pilih buah-buahan segar sebagai pengganti.
Spot 3 : Hati
↬ Hindari makanan berminyak dan susu buat sementara waktu
↬ Tidur kena cukup (sekurang-kurangnya 7 jam)
↬ Senaman ringan sekurang-kurangnya selama 30 minit
Spot 4 dan 5 : Ginjal
↬ Kurangkan makanan yang diproses dan makanan segera
↬ Hindarkan makanan yang mengandungi lemak yang banyak
↬ Buat senaman
Spot 6 : Jantung
↬ Periksa tekanan darah (jumpa doktor)
↬ Ambil makanan yang mengandung vitamin B
↬ Hindari makanan pedas
↬ Hindari pengambilan daging merah sementara waktu, kurangkan makanan berkolesterol
↬ Ambil udara segar, cuba untuk berjalan-jalan pada waktu pagi semasa matahari terbit
Spot 7 dan 8 : Ginjal
↬ Kena minum air secukup yang mungkin
↬ Hindari kopi dan alkohol
Spot 9 dan 10 : Sistem Pernafasan
↬ Kepada perokok; adalah sebaiknya BERHENTI SAHAJA atau hentikan dahulu tabiat itu buat sementara waktu
↬ Selalu menukar sarung bantal dan cadar
↬ Tahukah anda? bahawa Handphone anda itu sangat kotor? Sila bersihkan handphone anda itu
↬ Jerawat pada spot ini; biasanya anda itu mempunyai alergi yang berkaitan dengan saluran pernafasan
Spot 11 dan 12 : Hormon
↬ Anda mengalami tekanan/stress
↬ Biasanya bagi wanita; ;) anda mengalami perubahan hormon
↬ Dapatkan tidur yang cukup (7jam)
↬ Minum air banyak
↬ Bersenam
Spot 13 : Perut
↬ Banyakkan makan makanan berserat
↬ Buat Detoks untuk perut anda. Penting! untuk buang toksin
↬ Minum teh herbal
Spot 14 : Sakit Akibat Radang
↬ Menandakan bahawa tubuh anda melawan bakteria yang menganggu pertahanan tubuh.
↬ Dapatkan rehat yang secukupnya
↬ Minum secukupnya
↬ Udara segar dan senaman penting bagi anda
Spot 15 : Menurut dermatologists, kawasan ini ada kaitan dengan perut, hati, usus dan limpa. Kemungkinan anda mengalami sembelit, keracunan atau sistem pencernaan terganggu.
Jerawat yang timbul pada kulit kita biasanya perkara normal. Walau bagaimanapun, ada kalanya kita harus peka terhadap beberapa jenis jerawat atau perubahan pada kulit kita. Sekiranya anda musykil, cepat-cepatlah berjumpa doktor.
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
xoxo ♡
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Labels: Jerawat
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home