Born Too Soon
Keseronokan menyambut orang baru dalam keluarga amatlah mengujakan apatah lagi itu adalah anak pertama, anak yang semenangnya ditunggu kedatangannya. Tetapi, jika kelahirannya adalah sangat cepat daripada yang dijangkakan : perasaan gembira dan gemuruh itu akan bertukar menjadi kelam kabut, takut dan berbagai macam lagi perasaan.
Kelahiran Pra-Matang
Kelahiran Pra-matang berlaku apabila bayi lahir kurang daripada 37 minggu dari perut ibu, sebaliknya kelahiran normal adalah pada 40 minggu.
Kelahiran pra matang ini boleh dikategorikan kepada beberapa tahap iaitu extremely premature, very premature, dan moderate premature di mana semakin muda bayi itu dilahirkan daripada tempoh yang sepatutnya semakin tipis peluang untuk selamat.
Extremely Premature
Add caption |
Tahap ekstrim kelahiran pra matang adalah yang tahap yang paling tipis berbanding dengan tahap kelahiran pra matang dua kategori yang lain tersebut (very premature and moderate premature). Bayi yang dilahirkan pada tahap ini adalah dalam tempoh umur 24 hingga 28 minggu dalam kandungan. Pada asalnya bayi-bayi ini mempunyai berat 450 hingga 1600 gram dengan ketinggian 25 hingga 33 sm.
Pada tahap ini, organ dalaman bayi seperti paru-paru dan hati belum berfungsi dengan sempurna dan amat memerlukan penjagaan rapi neonatal (NICU). Perawatan ultrasound diperlukan untuk memantau perkembangan organ bayi ini dengan sempurna. Ditambah pada tahap ini kulit bayi ini adalah masih dalam keadaan sangat lembut di mana bayi ini sangat mudah menjadi sejuk dengan sangat cepat sekali.
Adalah disarankan supaya memberi sedikit susu ibu kepda eksrim pra matang bayi ini untuk membentuk jalinan hubungan antara bayi dan ibu.
Very Premature
Pada peringkat ini bayi berumur antara 29 hingga 34 minggu pada masa kelahirannya dan berat bayi ialah 1 hingga 2.5 kg manakala tinggi bayi adalah 30 hingga 35 sm.
Pada tahap ini, paru-paru bayi adalah dalam keadaan sempurna berbanding dengan kelahiran ekstrim pra matang dan jika sekiranya petanda positif antara minggu kedua dan ketiga selepas kelahirannya maka bayi ini akan berada dalam keadaan sihat. Walau bagaimanapun, penjagaan rapi harus diteruskan untuk memastikan bayi dalam keadaan yang sentiasa stabil.
Sekiranya bayi belum punya kekuatan untuk menhisap susu, makan satu tiub saluran akan dipasangkan kepada bayi ini. Kebiasaannya bayi pada peringakat ini akan memberi respon kepada keadaan sekelilingnya di mana kadang-kadang ibubapa kepada bayi ini boleh membawanya pulang ke rumah.
Moderate premature
Bayi pada peringkat ini adalah berumur 35 hingga 37 minggu dan mempunyai berat 1.6 hingga 3.4 kg dan mempunyai ketinggian 38 hingga 45 sm.
Ada antara bayi pada peringkat ini tidak memerlukan saluran tiub makanan di mana bayi pada peringkat ini sudah berkebolehan untuk menghisap susu.
*******************************
Melihat alat-alat kelengkapan dalam NICU yang banyak kadang kala menakutkan kita. Mari ketahui fungsi-fungsi sesetengah mesin tersebut.
A. Sistem Amaran Bunyi Dan Pemantauan
Mesin pemantauan bergantung pada hospital dan wad NICU tersebut. Semua mesin merekodkan kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan suhu.
B. Kaedah Bantuan Pernafasan
Bergantung kepada keperluan bayi pra matang tersebut.
i. Endotracheal tube - Tiub ini menyalurkan udara hangat dan oksigen.
ii. Ventilator - Ia juga dikenali sebagai alat bantuan pernafasan. Ia adalah mesin pernafasan di mana endotracheal tube disambungkan. Ia boleh memantau jumlah oksigen, tekanan udaran dan tarikan nafas.
iii. Continuous Positive Airway Pressure (C-PAP) - Kaedah ini digunakan untuk bayi yang boleh bernafas sendiri tetapi memerlukan sendikit bantuan mendapatkan udara ke paru-parunya.
iv. Oxygen hood - Ia adalah kotak plastik terang yang diletakkan pada kepala bayi dan bersambung pada tiub yang mengepam oksigen pada bayi.
C. Kaedah Memberi Makan
Ia bergantung pada keperluan bayi pra matang tersebut.
i. Intravenous lines - Kaedah ini menyalurkan keperluan makanan terus ke dalam saluran
darah. Ia sesuai untuk bayi pra matang yang mempunyai sistem penghadaman tidak matang dan tidak mampu menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
ii. Umbilical catheter - Kaedah ini melibatkan tiub yang dimasukkan pada saluran tali pusat. Jangan risau ia tidak menyakitkan. Kaedah ini hanya digunakan pada bayi yang kritikal sahaja dalam masa beberapa minggu.
iii. Oral and nasal feeding - Kaedah ini memasukkan tiub sempit yang fleksibel menerusi hidung (nasogastric tube) atau mulut (orogastric tube). Kaedah ini sesuai untuk bayi yang bersedia menghadamkan susu ibu atau susu formula tetapi masih tidak boleh menghisap, menelan dan bernafas dengan teratur.
Penjagaan Kangaroo
Ia adalah kaedah meletakkan bayi pra matang pada posisi yang betul di dada ibu yang terdedah untuk membenarkan sentuhan perut ke perut dan meletakkan bayi di antara payu dara ibu.
Kepala bayi perlu berpaling agar telinganya berada di atas jantung ibu. Banyak kajian dilakukan menunjukkan faedah cara ini. Menurut Krisanne Larimer, penulis buku “Kangarooing Our Little Miracles”, penjagaan Kangaroo banyak membantu bayi pra matang dalam beberapa perkara :
Suhu Badan - Kajian menunjukkan ibu mempunyai aliran udara hangat yang boleh diselaraskan dengan bayi. Apabila bayi kesejukan, suhu badan ibu boleh menghangatkan bayi.
Penyusuan - Penjagaan ini membenarkan bayi mudah mendekati payu dara dan sentuhan kulit ke kulit meningkatkan pengeluaran susu. Penyusuan menguatkan sistem imun bayi dan merapatkan hubungan ibu dan anak.
Meningkatkan berat badan - Membolehkan bayi mendapat tidur lena yang cukup bagi memberi tenaga kepadanya. Peningkatan berat badan bermakna singkatlah masanya tinggal di hospital.
Penglibatan Ibubapa bayi
Bagaimana anda berdua dapat membantu bayi pra matang anda di NICU selain daripada penyusuan dan penjagaan Kangaroo?
Papa dan mama digalakkan untuk berinteraksi dengan bayi. Sebagai papa atau mama, mungkin anda tidak nampak bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan bayi kecil yang berselirat dengan wayar, mesin dan berada dalam inkubator. Menariknya, ada beberapa cara yang boleh anda sempurnakan dengan jayanya :
A. Sentuh bayi anda sekerap mungkin. Lakukan ia dengan lembut atau gerakan perlahan.
B. Bercakap dengan bayi anda. Bayi akan terbiasa dengan suara anda dan boleh mententeramkannya.
C. Tukarkan lampin bayi.
D. Libatkan diri pada kali pertama bayi dimandikan. Ia bergantung pada perkembangannya, anda boleh menggunakan tuala basah atau span lembut semasa memandikannya.
E. Ambil suhu badan bayi.
**************************
Penyebab Pra Matang Kelahiran:
Kelahiran Pra matang ini boleh berlaku tanpa amaran atau tanda-tanda dalam kebanyakan kes, penyebabnya adalah tidak diketahui, Bagamanapun, ini adalah antara kemungkinan penyebab yang boleh menyumbang kepada kelahiran pra matang ini.
» Pregnancy Induce Hypertension (PIH) -
PIH ini juga dikenali sebagai toxemia atau preeclampsia yang sering menyerang ibu muda atau pada kelahiran pertama,yang paling berisiko ialah bila mengandung anak kembar.
Apakah tanda-tanda PIH?
◐ Bertambahnya tekanan darah
◐ Protein dalam air kencing
◐ Edema (bengkak)
◐ Sakit disekitar perut
◐ Pertambahan berat badan
◐ Kencing yang sedikit
Kekerapan membuat ujian atau diagnosis juga boleh mengurangkan risiko pada PIH. Antara ujian yang boleh dibuat ialah:
◐ Blood pressure measurement
◐ Urine testing
◐ Assessment of edema
◐ Frequent weight measurements
◐ Eye examination to check for retinal changes
◐ Liver and kidney function tests
◐ Blood clotting tests
» Tiada perkembangan bayi - sekiranya bayi tidak mempunyai nutrien yang mencukupi dalam kandungan maka perkembangannya akan terganggu, doktor anda akan menyarankan untuk melahirkan bayi anda dalam kadar yang segera.
» Pembedahan - Ibu mengandung yang mempunyai masalah cervical incompetency atau weakened muscles (mulut rahim terbuka) mempunyai kadar peratusan kelahiran pramatang bayi yang tinggi.
» Jangkitan - jangkitan semasa mengandung contohnya jangkitan air kencing kemungkinan besar mendorong kepada kelahiran pra matang ini.
********************************************************
Adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang mengandung supaya mendapat nutrien yang cukup untuk tubuh badan mereka dan juga perkembangan janin yang berada dalam kandungan.
Di sini adalah dicadangkan kepada ibu-ibu mengandung supaya mengambil supplemen tambahan ini untuk sentiasa cergas dan ceria di samping perkembangan bayi dalam kandungan juga dalam keadaan yang sangat sihat. Berikut adakah cadangan vitamin yang terbaik;
Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan ibu mengandung dengan tambahan zat besi. Zat besi penting ketika mengandung kerana ia bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah yang mencukupi adalah diperlukan untuk mengangkut oksigen kepada janin untuk proses tumbesaran
B Complex terdiri dari 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu mengandung bagi fungsi normal sistem badan. Asid Folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam pertumbuhan otak, saraf dan tulang belakang bayi. Kekurangan asid folik semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi.
Vitamin C juga memainkan peranan penting semasa mengandung. Ia membantu pembentukan kolagen bagi membina otot, tulang dan kartilaj bayi. Ia juga membantu penyerapan asid folik yang lebih baik oleh tubuh. Selain itu sebagai anti oksidan, vitamin C penting untuk ketahanan tubuh ibu mengandung yang mudah mendapat jangkitan penyakit.
Kalsium, Magnesium dan Vitamin D adalah bahan penting di dalam Ostematrix Shaklee. Jika ibu mengandung kurang mengambil makanan berkalsium semasa mengandung, sistem badan akan mendapatkan kalsium dari tulang ibu untuk dibekalkan kepada bayi. Kesannya, ibu akan mudah mendapat masalah tulang seperti osteoporosis, tulang rapuh dan lemah di kemudian hari. Pengambilan Magnesium semasa mengandung boleh membantu masalah sukar tidur dan kekejangan semasa mengandung. KekuranganVitamin D pula semasa mengandung pula boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti preclampsia, riket dan tulang yang tidak normal pada bayi yang dilahirkan.
Pakar pemakanan berpendapat, pengambilan Omega 3 oleh ibu mengandung dapat membantu perkembangan otak, sistem saraf dan mata bayi di dalam kandungan. Ada kajian mendapati pengambilan DHA dan EPA boleh mengelakkan kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat dan merendahkan risiko pre-eklampsia. Selain itu, kekurangan omega 3 pada ibu dikatakan boleh menyebabkan ibu mudah mendapat tekanan termasuk 'meroyan' selepas bersalin.
ESP adalah minuman protein dari soya yang mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah bahan penting dalam pembinaan dan pembaikan sel, diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. Pengambilan ESP oleh ibu mengandung membantu masalah keletihan akibat morning sickness, kandungan yang semakin membesar dan ibu yang aktif. Ia membekalkan tenaga selama berjam-jam serta membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati dan rasa lapar berlebihan semasa mengandung.
Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home