Tuesday 15 October 2013

Gastrik



Apa itu Gastrik?
Sakit 'gastrik' adalah istilah yang sering kita gunakan untuk merujuk kepada sakit di bahagian perut atas (di bawah tulang rusuk dan ke atas pusat) : berkaitan dengan pemakanan

Gastrik Menyerang siapa?
Gastrik ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak, remaja, dewasa, dan warga tua pada bila-bila.

Mereka yang mengambil aspirin untuk mencegah serangan jantung atau strok, atau ubat penahan sakit yang kuat, mempunyai risiko yang tinggi mendapat ulser perut dan duodenum.

Mereka yang merokok dan individu yang tertekan lebih cenderung kepada masalah perut.

Mereka yang telah mendapat Helicobacter pylori, bakteria yang colonizes dinding perut, mempunyai peningkatan kejadian perut dan ulser duodenum.

Penyebab Gastrik 
Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.
Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.

Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.

Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.

Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastrik berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas. (S)

Simptom gastrik / Gejala Gastrik

Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
Terasa loya. 
Berat badan turun. 
Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
Kerap sendawa. 

Penyakit lain berkaitan sakit perut


Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 

Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dinding mukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.  

********************************************
Bahaya Gastrik


Petikan di atas merupakan pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.

Sekiranya keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. (s)

************************************
Bagaimana Kita Menangani dan Mengatasi Gastrik ?

Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori tadi.

BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:

Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.

 Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

 Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

 Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,

 Kurangkan minum minuman beralkohol (kalau boleh tinggalkan terus). Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

 Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

 Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

✔ Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.

✔ Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.

✔ Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.

✔ Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit
(sumber)

Bagaimana Shaklee Boleh Membantu?



Kami biasanya akan mencadangkan ESP, B complex dan OsteMatrix bagi membantu mengurangkan gejala gastrik ini. ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik. B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Peppermint Ginger juga disarankan jika anda mengalami masalah angin yang teruk dan tidak terkawal. (S)


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home