Risiko Penyakit Berkaitan Otak
BERWASPADALAH dengan penyakit yang menyerang bahagian otak kerana di dalamnya terdapat sistem saraf pusat tubuh yang mengawal seluruh pergerakan tubuh. Otak mempunyai berjuta-juta sel saraf yang saling berhubung antara satu sama lain sekaligus mengatur kerja otak. Otak dibahagikan kepada 3 bahagian:
i) Otak Besar / Serebrum
ii) Batang Otak / Trunkus Serebri
iii) Otak Kecil / Serebellum
Adalah sangat penting bagi kita menjaga kesihatan otak agar sistem kerjanya tidak terjejas. Namun demikian, risikonya tetap ada memandangkan gaya hidup masa kini yang tidak begitu menyihatkan.
Di mana situasi ini mengundang risiko pelbagai penyakit menyerang tubuh termasuk di bahagian organ utama iaitu otak.
--------------------------------------------------------------------
1) ATAXIA : Menyerang bahagian otak kecil, ia menyebabkan gangguan pada saraf motorik tubuh. Dikatakan disebabkan oleh virus tanggapan ini didakwa kurang tepat. Sebenarnya ia disebabkan oleh faktor keturunan dan mutasi gen. Kesakitan akan dirasai perlahan-lahan dan tubuh kemudiannya akan menjadi lemah. Antara ciri individu menghidap ataxia ialah sering jatuh tanpa sebab, tidak dapat menyeimbangkan tubuh atau lebih teruk lagi mengalami kelumpuhan.
Penderita Ataxia akan mengalami kegagalan dalam mengendalikan otot pada bahagian tangan dan juga kaki. Akibatnya berlaku gangguan keseimbangan dan koordinasi atau gangguan keseimbangan dan koordinasi atau gangguan GAIT (Glusosamine / Chondroitin Arthritis Intervention Trial). Gerakan mata yang lambat dapat dikesan dalam beberapa kes penyakit ataxia. Sejauh mana kroniknya penyakit ini bergantung pada jenis dan tempoh gejala mula dikesan. Beberapa pemeiksaaan akan dilakukan bagi mengesan penyakit ini.
.. Elektromiogram (EMG) yang berfungsi mengukur aktiviti listrik sel-sel otot ..
.. Elektromiogram (EMG) yang memberi grafik aktiviti listirik atau pola denyutan nadi ..
.. Ekokardogram yang bertindak merakam posisi dan pergerakan otot jantung ..
--------------------------------------------------------------------
2) ALZHEIMER : Penghidap Alzhiemer pada tahap sederhana sudah tidak mampu melakukan rutin-rutin asas seperti menggosok gigi dan menyisir rambut. Mereka sudah tidak mampu berfikir dengan jelas. Dalam masa yang sama masalag berbicara, membaca,menulis dan memahami sesuatu semakin kelihatan. Penghidap juga cepat menjadi gelisah, cemas dan agresif. Dalam banyak kes ramai yang keluar dari rumah dan tidak tahu jalan pulang. Terdapat gejala yang boleh dikesan pada penghidap Alzheimer.
.. Mengalami kekejangan, jangkitan kulit dan kesukaran menelan ..
.. Kerap mengerang, merintih dan merengus ..
.. Tidak mampu berkomunikasi dengan baik ..
--------------------------------------------------------------------
3) SKIZOFRENIA : Ketidakseimbangan pada salah satu sel kimia dalam otak yang dinamakan dopamin dikatakan menjadi punca kepada penyakit ini. Penghidap Skizofrenia mengalami kesukaran untuk membezakan antara fantasi dan realiti. Gejalanya boleh dikesan dengan mudah iaitu berhalusinasi, delusi, liar dan kurang bermotivasi.
Rawatan yang boleh diberikan ialah ubat-ubatan, psikoterapi, kaunseling dan rehabilitasi. Ubat Alhaloberdol dan Alklorobermazzin boleh meringankan gejala psikotik dengan merawat halusinasi audio dan juga delusi.
Kaunseling pula membuatkan penghidap lebih memahami keadaan sendiri. Rehabilitasi pula adalah proses berterusan bagi mengembalikan keupayaan individu selepas mengalami peristiwa pahit atau kecederaaan.
Bersenam dan mengamalkan pola pemakanan seimbang bagus untuk menyembuhkan Skizofrenia. Pengambilan Omega 6 akan mempercepatkan radangan dan mempercepatkan respon depresi. Begitu juga dengan Omega 3, ia mengandungi unsur anti radangan sekaligus mengurangkan tekanan dengan efisyen.
--------------------------------------------------------------------
4) EPILEPSI : Terjadi kerana serangan pada neutron motorik dan neuron sensorik yang berlaku secara berulang-ulang. Ada kalanya isyarat-isyarat saraf tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Kekejangan yang datang tiba-tiba merupakan gejala awal yang dapat dikesan pada epilepsi.
Epilepsi berasal dari perkataan Greek, epilambanien, yang membawa maksud serangan. Di mana ia cuba menerangkan bagaimana epilepsi ini boleh menyerang tanpa adanya rangsangan daripada luar. Jika terdapat rangsangan, itu bukanlah epilepsi dan ia mungkin disebabkan oleh kadar gula yang rendah dalam darah.
Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Sel-sel sepatutnya menjana aliran elektrik ke dalam otak. Apabila ia tidak stabil, pada waktu itulah epilepsi akan berlaku. Terdapat beberapa jenis epilepsi yang boleh menyerang.
.. [Rolandik Epilepsy] Kerap menyerang kanak-kanak dan berlaku di kawasan otak rolandik. Berlaku ketika sedang tidur, gejalanya boleh dikesan apabila rasa aneh di bahagian mulut, air liur meleleh dan kejang otot di bahagian mulut ..
.. [Chilhood Absence Epilepsy] Juga dikenali dengan nama petit mal, gejalanya boleh dikesan apabila tiba-tiba merenung jauh sehingga tidak sedar akan keadaan sekeliling dengan mata terkebil-kebil ..
.. [Generalised Tonic Clonic Epilepsy] Nama lainnya ialah grand mal. Penghidap akan tidak sedar/pengsan secara tiba-tiba. Ia seterusnya diikuti dengan otot kaki dan tangan menjadi kejang ..
--------------------------------------------------------------------
5) PARKINSON : Merupakan satu lagi penyakit otak yang berbahaya, ia adalah penyakit degeneratif saraf. Parkinson disebabkan oleh jangkitan virus dan pengambilan ubat-ubatan yang mengurangkan pembentukan dopamin. Pesakit ini sukar untuk menggerakkan tubuh dan memberikan ekspresi pada wajah. Terdapat gejala-gejala yang boleh dilihat pada penghidap parkinson.
.. Goncangan pada tangan dan kaki ketika berehat ..
.. Adakalanya kaku di bahagian tangan, kaki atau badan ..
.. Langkah dan gerakan menjadi perlahan ..
.. Tidak stabil ketika berdiri atau berjalan ..
(dipetik dari mjlh rapi: susunan Salwana Mohammad)
*******************************************************
Disebabkan kesihatan gaya hidup masa kini yang semakin merosot adalah sangat penting bagi kita untuk memberikan nutrien yang penting kepada tubuh kita sekaligus sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan otak kita.
Supplemen penting yang harus diambil oleh setiap kita dalam mengekalkan kesihatan optimum yang berpanjangan ialah:
i) Vitalea 120 biji : RM88.75 (SM) / RM93.75(SS)
ii) B Complex 120 biji : RM53.75 (SM) / RM56.25 (SS)
iii) OmegaGuard 90 biji : RM136 (SM) / RM140 (SS)
iv) Nutriferon :
Labels: Penyakit Berkaitan Otak
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home