Wednesday, 18 June 2014

Apa itu Radikal Bebas dan Anti-Oksidan?

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.





Bagaimana radikal bebas ini menganggu sel badan yang lain?
Radikal bebas ini beredar dalam tubuh dan berusaha untuk mencuri elektron yang ada pada molekul lain seperti DNA dan sel .Ini akan menyebabkan DNA dan sel-sel yang baik itu akan rosak kerana wujudnya banyak toksin dalam badan. Kerosakkan sel ini akan menyebabkan terjadinya proses penuaan menjadi sangat cepat dan kita sangat senang diserang penyakit dan kanser.

Auntie Oxidant = Vitamin A, Vitamin C and Vitamin E

Apa itu anti-oksidan dan bagaimana ia memerangi radikal bebas itu tadi?
Anti Oksidan merupakan zat yang berfungsi melindungi tubuh dari serangan radikal bebas.

Bagaimana ia memerangi radikal bebas?
Antioksidan membantu dalam menghentikan proses pemusnahan sel dengan cara memberikan elektron kepada radikal bebas. Antioksidan akan meneutralise radikal bebas sehingga tidak mempunyai kemampuan lagi untuk mencuri elektron dari sel dan DNA. Proses yang terjadi sebenarnya sangat kompleks tapi secara sederhana dapat dilukiskan seperti itu.

Apakah jenis penyakit yang berhubungkait dengan radikal bebas itu?
Beberapa penyakit degeneratif berhubung erat dengan radikal bebas. Antaranya, kanser, penyakit jantung dan pembuluh darah, katarak, dan penurunan fungsi kognitif. Proses penuaan yang cepat juga berhubungan dengan radikal bebas. Antioksidan dipercaya mampu untuk mencegah penyakit ini.

Dari manakah sumber antioksidan ini?
Antioksidan biasanya dapat diperolehi dari makanan yang kita ambil.  Namun makanan atau buah-buahan yang kita tanam itu (pada masa sekarang) terdedah pada pencemaran udara,air dan sebagainnya. Dalam makanan, sebaiknya makan sayur yang mentah atau ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur tersebut. Tetapi bukan semua kita suka makan sayur atau ulam. Yang mana badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa yang larat makan 7 biji oren setiap hari. Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6 x 7 = 42 biji oren perlu disediakan setiap hari?!!

Tidak ada masalah sekiranya kita mampu menyediakan semua itu. Tetapi, itu belum lagi dapat mencukupi keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

Kekurangan anti oksidan boleh dilihat pada badan sentiasa penat (walaupun sudah cukup rehat), selalu stress, selalu selesema (tanpa masalah sinus), hormon tidak stabil bila kita tidak mampu  berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhku dan keluargaku?"

Vitamin yang diperlukan untuk keperluan lengkap dalam memerangi radikal bebas ini ialah Vitamin A (Vitalea-Multivitamin), Vitamin C dan Vitamin E.


xoxo ♡                                                                                                            
Megi || Call/SMS 0169571850  
FB: Megi's Health Corner

Sunday, 1 June 2014

Kenapa Saya Kena Pilih Vitamin E keluaran Shaklee??

                                              Credit Gambar: http://rahsiakc.blogspot.com/2014/03/vitamin-e-kenapa-dengan-vitamin-e.html
Awas!! Entry sangat panjang sebab sarat dengan Info berguna ^^ teruskan membaca.

Kenapa saya harus memilih Vitamin E Shaklee ini?

Pertama sekali anda kena tahu apa kandungan Vitamin E Shaklee ini;
Vitamin E Shaklee ini diperbuat dari:
★ Minyak kacang soya
★ Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
★ 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
★ Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
★ GRAPE SEED EXTRACT

Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak dan antioksidan. Maknanya ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving"

Sekarang bagaimana mungkin saya mengetahui samada Vitamin E itu Vitamin Semulajadi atau Sintetik?

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat, di mana cahaya telah dipancarkan pada vitamin asli, ia akan sentiasa membengkok ke kanan dan biasanya kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right). 

Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli.

Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi) kerana, sekiranya vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.

SELENIUM
Apa itu Selenium? dan 3 Fungsi Utama Selenium

Selenium ialah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Yang mana enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya utamanya ialah sebagai sistem pertahanan, menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tidak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

✔ Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.
Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
✔ Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.
✔ Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.

2. Antioksidan

✔ Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalam badan kita iaitu Gluthathione

3. Pencegah Penyakit

✔Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja

Selenium perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit dan selenium tidak boleh diambil melebihi 100mg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh kita.


Selenium boleh diambil secara semulajadi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijiran penuh. Namun masalah tanah pertanian yang mengalami masalah kekurangan nutrisi (dalam tanah) menyebabkan kandungan selenium dalam tumbuhan adalah berbeza. Manakala buah-buahan dan sayuran mengandungi sedikit sahaja selenium.

Grape Seed
Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan. Ekstrak biji anggur ini terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul .

✔ Melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin). Ia lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yang lain. OPC ini memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya. OPC juga terikat dengan kolagen. Pendek kata, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ini?
★ Mengurangkan risiko kanser dan strok
★ Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
★ Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
★ Meningkatkan pembakaran kalori
★ Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
★ Meningkatkan ketahanan fizikal

"Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg (150 IU) sehari tapi tidak melebihi 1000mg per day (1500 IU)" - Dr Bruce Miller

✔ Sebiji vitamin E Shaklee mengandungi 400iu. Ianya semulajadi dan dilengkapi Selenium.Ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.

Garis Panduan Memilih Vitamin E di pasaran:

1. Pilih Vitamin E yang bersumberkan semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

3. Pilih Vitamin E yang ada Selenium 

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan. Kriteria2 di atas dipenuhi oleh jenama Shaklee. 

sumber a
sumber 

Mahu mendapatkan Vitamin E Shaklee?:        
xoxo ♡ 
Megi || Call/SMS 0169571850    
FB: Megi's Health Corner