Wednesday, 28 August 2013

UBAT vs Vitamin (Supplement)

Ubat
Merupakan sejenis dadah (DRUG) yang biasanya dipakai untuk mengubati atau meredakan sesuatu penyakit atau sebagai rawatan. Misalnya, panadol yang dikenali sebagai paracetamol untuk menurunkan suhu badan apabila kita jatuh sakit. Jadi biasanya ubat diambil apabila kita sakit sahaja. Dengan itu, jika kita menyalahgunakan ubat-ubatan ini ia boleh membawa kepada kemudaratan. Contoh paling dekat; ubat batuk - jika diambil berlebihan boleh menyebabkan khayal.

Vitamin / Supplemen
Vitamin boleh didapati dalam bentuk pil,serbuk dan cecair. Pengambilan vitamin yang konsisten atau berterusan akan membentuk sistem imun yang kuat bagi melawan segala macam penyakit. Walau bagaimanapun, kesan vitamin bertindak secara perlahan-lahan namun menjanjikan kesihatan jangka panjang sedangkan ubat cepat meredakan sakit namun hanya untuk jangka pendek.

Kebanyakan supplement di pasaran adalah dari sumber sintetik. Supplemen terdiri dari 3 jenis iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Yang terbaik tentunya supplemen semulajadi.

Ubat diambil untuk tujuan RAWATAN manakala Vitamin diambil untuk tujuan PENCEGAHAN

~ Lebih baik mencegah daripada mengubati ~


Perbezaan ketara Ubat dan Vitamin





































Tuesday, 20 August 2013

RAMBUT

10 Fakta Menarik Tentang Rambut

Mungkin kita terlepas pandang akan fungsi besar rambut kepada diri kita. Mungkin ada yang berpendapat rambut sekadar penghias diri kita. Mari sama-sama kita lihat fungsi rambut.

1. Bulu dan rambut pada asasnya merupakan benda yang sama, iaitu kedua-duanya terbentuk oleh pengumpulan protin yang dikenali sebagai keratin.

2. Rambut membuatkan kita hangat terutama ketika musim sejuk / dingin

3. Rambut juga tahu tempat yang sudah kita kunjungi. Pada tahun 2010, ahli kimia dari University of Utah mendapati, air minuman di 33 bandar yang mereka kaji mengandungi tanda kimia yang unik yang muncul pada rambut orang-orang yang meminumnya.

4. Rambut manusia boleh “merasa”. Paru-paru dan saluran pernafasan mempunyai rambut halus yang dipanggil cilia. Cilia ini bertindak menyapu keluar kotoran. Pelajar dari University of Iowa mendapati bahawa cilia pada paru-paru bertindak balas hanya pada rasa pahit seperti nikotin.

5. Rerambut/bulu pada kaki labah-labah dan cengkerik berfungsi sebagai telinga. Rerambut tersebut boleh mengesan pergerakan angin dan boleh “mendengar” bunyi berfrekuensi rendah, seperti bunyi lebah dan bunyi berfrekuensi sederhana seperti bunyi hon kenderaan.

6. Ahli patologi telah mengesan bahawa cilia di bahagian hidung tetap berdenyut sehingga 21 jam lamanya selepas seseorang itu meninggal dunia.

7. Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 rambut di kepala, dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di bahagian badan

8. Menurut ahli antropologi di Penn State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi solar matahari

9. Terdapat persoalan menyatakan adakah orang yang memiliki rambut perang (blonde) mempunyai perwatakan yang lebih menarik? Persoalan ini terjawab apabila pada tahun 2006, bekas ahli psikologi Harvard, Jerome Kagan melaporkan bahawa dalam 101 kanak-kanak kecil yang dijadikan ‘sampel’ ujian bagi memerhati perilaku mereka, kanak-kanak berambut perang lebih suka menyendiri dan pendiam.

10. Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7x lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera sekitaran Missouri University of Science and Technology. (Credit) 

Labels: , , , , ,

Friday, 16 August 2013

ESP boleh membantu dalam penurunan berat badan.

ESP (soy Isolate Powder) Membantu Menurunkan Berat Badan

ESP ialah sama seperti multivitamin sebab mempunyai manfaat yang terbaik dan sangatlah banyak. Mahu turunkan berat badan dengan ESP? Boleh kah??? --> Memang boleh. Ini kerana, salah satu manfaat ESP ini ialah membantu kita menurunkan berat badan. Bagaimana??

Mari saya huraikan bagaimana ia berlaku.

Setiap apa yang kita kunyah dan telan (makanan yang kita ambillah,ye kawan2) akan ditukarkan kepada bentuk tenaga atau dikenali sebagai glukosa. Tempoh masa yang diambil dalam tindakbalas pembebasan glukosa/tenaga tadi dipanggil sebagai Glycemix Index (GI) di mana makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar lambat memiliki GI yang rendah manakala makanan yang membebaskan glukosa dengan kadar yang cepat mempunyai GI yang tinggi.

Ukuran Glisemik:
                           GI 70 dan ke atas = Tinggi
                           GI 56 hingga 69 = Sederhana
                           GI 55 dan ke bawah = Rendah

Di barat (negara orang puteh), GI ini menjadi cara yang popular menurunkan berat badan. Pada mulanya,
sukatan GI ini digunakan untuk membantu penghidap diabetes mengawal kandungan gula dalam darah mereka. Jadi secara teori, jika GI dapat membantu mengawal gula dalam darah, maka ia juga dapat membantu dalam penyusutan berat badan. *yeahhhh*

Mari kita lihat bagaimana ia membantu.

Semua karbohidrat yang kita ambil mempunyai gula yang akan dibebaskan dalam sistem badan kita, namun yang demikian, kadar pembebesan gula ini bergantung kepada jenis karbohidrat dan kandungan fiber di dalamnya. Misalnya, jus oren yang kita minum kandungan GI-nya tinggi sebab ianya membebaskan gula dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan semangkuk oat sebab GI Oat rendah.
Tetapi rendah atau tingginya GI dalam setiap makanan bergantung kepada pelbagai faktor (namun tidak terhad):

        i) Kuantiti makanan yang diambil
       ii) Amaun dan jenis karbohidrat
      iii) Cara Makanan itu dimasak
      iv) Suhu semasa makanan itu diproses dsbgnya.

Makanan yang mempunyai GI rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Ini kerana, proses pembebasan gula mengambil masa yang lebih perlahan, makanya ia diserap oleh tubuh kita dengan lebih lambat ini sekaligus membuatkan kita kenyang lebih lama. Manakala makana GI tinggi lebih mudah diserap oleh sistem tubuh membuatkan kita lambat kenyang dan mudah lapar semula.

Berbalik kepada tajuk entry; ESP membantu menurunkan berat badan


ESP Shaklee hanya ada GI 39 sahaja (GI55 dan ke bawah = Rendah) Oleh sebab yang demikian, ESP sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.

Itu sebab ESP menjadi super hot seller sepanjang bulan puasa lalu dan sekarang masih lagi menjadi hot seller oleh kerana manfaatnya yang sangat banyak dan berbaloi-baloi.

Jika anda asyik terfikir-fikir mahu menurunkan berat badan, ambillah ESP untuk mencuba. Pasti puas hati!! Tapi harus diingatkan, minum 3Liter air masak setiap hari (lebih lagi bagus).

Mahu dapatkan keputusan yang cepat? Ambil ESP ini dengan si pemecah lemak lecithin atau omegaguard dan si pembuang lemak alfalfa atau herblax.

Kalau rasa-rasa berminat dan mahu mencuba (tidak akan menyesal punya)

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: ,