Saturday, 12 October 2013

Peranan Vitamin C dan Zinc Complex Terhadap Imuniti anda

Sistem imuniti adalah satu mekanisme perlindungan yang sangat menakjubkan di mana ia berfungsi untuk mempertahankan badan kita terhadap serangan bakteria, virus, racun, dan parasit.


Bagaimana Vitamin C dan Zinc Complex sangat membantu dalam perlindungan kepada imun sistem saya?

Seperti mana yang kita ketahui, Vitamin C sangat membantu dalam menggalakkan sistem imun yang sihat.
Ia juga penting dalam menyokong pertumbuhan badan kita dan membaiki tisu, termasuk saluran darah. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan yang mana vitamin C membantu untuk melindungi badan daripada kerosakan radikal bebas dan mengekalkan fungsi yang betul sistem imun. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam mencegah jangkitan respirotari.

Manakala Zinc Complex pula dipercayai menjadi remedi pada selsema, di mana dapat menghalang replikasi virus selesema - rhinovirus

Pengambilan harian Zinc Complex dalam 10 mg ke 30 mg menjadi satu terapi yang penting untuk merawat cirit-birit berjangkit, malaria dan radang paru-paru kanak-kanak. 
Ujian yang telah dijalankan juga telah membuktikan bahawa pengambilan 1gram vitamin c dan 30 mg zink boleh mengurangkan gejala jangkitan saluran pernafasan termasuk selesema.

Kedua-dua vitamin C dan Zinc Complex sangat menyokong sistem imun dan memberikan perlindungan radikal bebas antioksidan dalaman mahupun luaran. 
Walaupun begitu, keberadaan Vitamin C dalam dalam plasma akan menurun secara mendadak diakibatkan oleh jangkitan dan tekanan. Oleh itu, pengambilan yang Vitamin C dan Zinc Complex yang mencukupi adalah penting untuk imuniti badan kita.


Selsema

Virus yang kebanyakan kita tahu tentang adalah virus selsema. Walaupun lebih daripada 200 virus yang menyebabkan selsema biasa, rhinovirus adalah punca yang paling biasa, dan ia amat mudah berjangkit.

Virus selsema memasuki badan melalui mulut atau hidung, tetapi kemungkinan juga kita mempunyai "tangan" dalam penyakit kita sendiri. Virus ini boleh merebak melalui titisan di udara apabila seseorang yang sakit batuk, bersin atau bercakap. Tetapi ia juga merebak melalui sentuhan tangan-ke-tangan dengan seseorang yang mempunyai selsema atau dengan menggunakan objek yang dikongsi, seperti perkakas dapur, tuala, mainan atau telefon. Perbuatan menyentuh mata, hidung atau mulut selepas menyentuh si pesakit (pembawa selsema) akan mendedahkan kita kepada serangan virus ini.

Kajian ke atas beberapa pesakit selsema mengatakan bahawa pengambilan 1000mg Vitamin C dan 10mg Zinc Complex adalah sangat membantu dalam mengurangkan gejala selsema ini.


                  Vitamin C SR - RM 92.50                                                                                                            Zinc Complex - RM 33.75 
                                                                            


Cadangan Set tambahan : Vivix, Nutriferon, Garlic complex, Peppermint Ginger
                                       (Hubungi Megi untuk Konsultansi percuma)


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850

Labels: , , ,

Tuesday, 20 August 2013

RAMBUT

10 Fakta Menarik Tentang Rambut

Mungkin kita terlepas pandang akan fungsi besar rambut kepada diri kita. Mungkin ada yang berpendapat rambut sekadar penghias diri kita. Mari sama-sama kita lihat fungsi rambut.

1. Bulu dan rambut pada asasnya merupakan benda yang sama, iaitu kedua-duanya terbentuk oleh pengumpulan protin yang dikenali sebagai keratin.

2. Rambut membuatkan kita hangat terutama ketika musim sejuk / dingin

3. Rambut juga tahu tempat yang sudah kita kunjungi. Pada tahun 2010, ahli kimia dari University of Utah mendapati, air minuman di 33 bandar yang mereka kaji mengandungi tanda kimia yang unik yang muncul pada rambut orang-orang yang meminumnya.

4. Rambut manusia boleh “merasa”. Paru-paru dan saluran pernafasan mempunyai rambut halus yang dipanggil cilia. Cilia ini bertindak menyapu keluar kotoran. Pelajar dari University of Iowa mendapati bahawa cilia pada paru-paru bertindak balas hanya pada rasa pahit seperti nikotin.

5. Rerambut/bulu pada kaki labah-labah dan cengkerik berfungsi sebagai telinga. Rerambut tersebut boleh mengesan pergerakan angin dan boleh “mendengar” bunyi berfrekuensi rendah, seperti bunyi lebah dan bunyi berfrekuensi sederhana seperti bunyi hon kenderaan.

6. Ahli patologi telah mengesan bahawa cilia di bahagian hidung tetap berdenyut sehingga 21 jam lamanya selepas seseorang itu meninggal dunia.

7. Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 rambut di kepala, dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di bahagian badan

8. Menurut ahli antropologi di Penn State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi solar matahari

9. Terdapat persoalan menyatakan adakah orang yang memiliki rambut perang (blonde) mempunyai perwatakan yang lebih menarik? Persoalan ini terjawab apabila pada tahun 2006, bekas ahli psikologi Harvard, Jerome Kagan melaporkan bahawa dalam 101 kanak-kanak kecil yang dijadikan ‘sampel’ ujian bagi memerhati perilaku mereka, kanak-kanak berambut perang lebih suka menyendiri dan pendiam.

10. Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7x lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera sekitaran Missouri University of Science and Technology. (Credit) 

Labels: , , , , ,