Friday, 31 January 2014

Kenapa Makanan Tambahan Sangat Penting!

10 sebab kenapa saya dan keluarga saya perlukan makanan tambahan / nutritional supplement

Masih ramai diantara kita yang mempersoalkan kepentingan pengambilan makanan tambahan ini, ada di kalangan kita yang menyangka bahawa ianya tidak perlu. Tetapi, hakikatnya pengambilan supplemen ini adalah sangat penting dan patut diamalkan.

Berikut adalah antara sebab-sebab kenapa makanan tambahan/supplemen ini sangat penting!



1. Secara teknikal, dalam pertanian komersial tanah yang digunakan mengalami kekurangan mineral yang penting untuk pertumbuhan tumbuhan yang bakal kita makan.

2. Untuk makanan import misalnya, ianya dihantar dari jauh/datang dari jauh dan sememangnya disimpan untuk jangka masa yang lama, ini menyebabkan makanan tersebut akan mengalami kekurangan vitamin termasuklah vitamin yang penting untuk tubuh badan kita iaitu B-Complex dan Vitamin C.

3. Pemprosesan makanan, memasak, dan mengawet makanan menyebabkan nutrien dalam makanan itu berkurangan ini menjadikan badan kita sukar untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi daripada makanan semata-mata.

4. Buah-buahan dan sayuran yang mendapat baja dan kadang-kadang 'dikawinkan' sememangnya nutrisi pada tumbuhan itu menghilang malah tidak ada nilai berbading dengan buah-buahan dan sayur sayuran yang ditanam dan dimakan oleh nenek moyang kita dahulu.

5. Tabiat makan tidak menentu, mengunyah makanan terlalu cepat, tertib makan tidak baik dan tekanan menyebabkan sistem pencernaan kita tidak dapat mencerna dan memproses makanan itu dengan baik sehingga menyebabkan tubuh kita tidak mendapat nutrien daripada apa yang kita makan.

6. Penggunaan dadah farmaseutikal meningkat dari masa ke semasa misalnya pengambilan berterusan ubat-ubatan mengurangkan nutrien penting , membuat orang lebih terdedah kepada kekurangan nutrien dan kalsum dalam badan.

7. Pada masa-masa tertentu,sistem dalam badan kita sememangnya memerlukan supplemen yang tinggi. Contohnya, semasa mengandung badan kita perlukan asid folik di mana ianya sangat penting untuk pertumbuhan si bayi dalam kandungan, manakala wanita monopos lebih terdedah kepada kekurangan kalsium untuk tulang.

8. Tahap pencemaran alam sekitar iaitu udara, air dan dalam makanan meningkat! menyebabkan badan kita untuk menggunakan lebih banyak nutrien daripada biasa untuk membuang toksin dan menghapuskan bahan-bahan berbahaya . Vitamin yang diperlukan untuk ini adalah vitamin antioksidan " Vitamin ACE" Vitamin A, C, dan E.

9. Kita semua mempunyai kelemahan genetik, termasuk keperluan yang lebih tinggi daripada sesetengah nutrien , kadar yang lebih tinggi daripada kekurangan nutrien tertentu, dan kemungkinan peningkatan bersuara genetik beberapa penyakit jika vitamin atau mineral kekurangan hadir.

10. Kebanyakkan nutrien telah terbukti untuk mencegah atau membantu dalam rawatan keadaan kesihatan seperti kolesterol tinggi, artritis, kecacatan kelahiran, dan kanser.


Yang pasti, anda perlu sentiasa berunding dengan profesional kesihatan iaitu doktor yang berkelayakan untuk mengelakkan sebarang salah faham. Adalah diingatkan supaya mengelakkan makanan tambahan yang banyak pemanis, warna, perisa tiruan, pengawet. Manakala Kanak-kanak perlu sentiasa mengambil formula suplemen direka untuk keperluan mereka.

Source


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:             
xoxo ♡
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850         
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels: , , , ,

Tuesday, 20 August 2013

RAMBUT

10 Fakta Menarik Tentang Rambut

Mungkin kita terlepas pandang akan fungsi besar rambut kepada diri kita. Mungkin ada yang berpendapat rambut sekadar penghias diri kita. Mari sama-sama kita lihat fungsi rambut.

1. Bulu dan rambut pada asasnya merupakan benda yang sama, iaitu kedua-duanya terbentuk oleh pengumpulan protin yang dikenali sebagai keratin.

2. Rambut membuatkan kita hangat terutama ketika musim sejuk / dingin

3. Rambut juga tahu tempat yang sudah kita kunjungi. Pada tahun 2010, ahli kimia dari University of Utah mendapati, air minuman di 33 bandar yang mereka kaji mengandungi tanda kimia yang unik yang muncul pada rambut orang-orang yang meminumnya.

4. Rambut manusia boleh “merasa”. Paru-paru dan saluran pernafasan mempunyai rambut halus yang dipanggil cilia. Cilia ini bertindak menyapu keluar kotoran. Pelajar dari University of Iowa mendapati bahawa cilia pada paru-paru bertindak balas hanya pada rasa pahit seperti nikotin.

5. Rerambut/bulu pada kaki labah-labah dan cengkerik berfungsi sebagai telinga. Rerambut tersebut boleh mengesan pergerakan angin dan boleh “mendengar” bunyi berfrekuensi rendah, seperti bunyi lebah dan bunyi berfrekuensi sederhana seperti bunyi hon kenderaan.

6. Ahli patologi telah mengesan bahawa cilia di bahagian hidung tetap berdenyut sehingga 21 jam lamanya selepas seseorang itu meninggal dunia.

7. Seorang manusia normal mempunyai lebih 100 000 rambut di kepala, dan tambahan 4.9 juta lagi di kawasan lain di bahagian badan

8. Menurut ahli antropologi di Penn State, apabila kita kehilangan folikel bulu, pancaran ultraviolet matahari boleh merosakkan kulit baru yang terdedah, yang bertindak balas dengan menghasilkan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menyerap radiasi solar matahari

9. Terdapat persoalan menyatakan adakah orang yang memiliki rambut perang (blonde) mempunyai perwatakan yang lebih menarik? Persoalan ini terjawab apabila pada tahun 2006, bekas ahli psikologi Harvard, Jerome Kagan melaporkan bahawa dalam 101 kanak-kanak kecil yang dijadikan ‘sampel’ ujian bagi memerhati perilaku mereka, kanak-kanak berambut perang lebih suka menyendiri dan pendiam.

10. Rambut berminyak sememangnya merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Percaya atau tidak, rambut berminyak menyerap ozon udara tercemar 7x lebih banyak berbanding rambut yang bersih, kata para jurutera sekitaran Missouri University of Science and Technology. (Credit) 

Labels: , , , , ,