Wednesday, 25 September 2013

Kekal Cantik dan Seksi Selepas Bersalin

Rutin yang diamalkan supaya badan kekal cantik berseri dan seksi menawan selepas bersalin


Setiap wanita pasti menginginkan bentuk tubuh kembali mengiurkan seperti dara selepas mereka melahirkan anak.

Sebaik sahaja melahirkan bayi maka bermulalah waktu berpantang.
Pantang bersalin, apa maksud pantang bersalin ini?

Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya?

Pantang bersalin ini  terkenal di kalangan wanita melayu dan tidak kurangnya wanita cina dan wanita-wanita bumiputera lain yang berada di sabah sarawak. Biasanya tempoh berpantang selepas bersalin ini ialah 44 hari hingga 100 hari. Pada tempoh ini, beberapa amalan akan dibuat oelh para wanita tersebut. Antaranya ialah mengenakan bengkung,bertungku, meletakkan pilis di dahi, berparam dan sebagainya.

Semasa tempoh ini pemakanan juga perlu dititikberatkan penjagaannya agar badan cepat pulih,luka bersalin cepat sembuh dan kering. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada si ibu sendiri, yang penting ianya dilakukan dengan cara yang betul supaya bentuk badan yang diidamkan akan diperolehi dengan jayanya kelak.

Antara amalan berpantang;

1) Bengkung


Benkung ini dipakai bagi membentuk semula tubuh. Berbengkung ini boleh dipakai ketika kita hendak tidur dan boleh tanggalkan ketika hendak mandi. Sekarang boleh dapatkan bengkung yang bentuk moden mengikut trend terkini dan senang untuk dipakai.

Ada 2 jenis bengkung ini ; 1) bagi yang bersalin normal dan 2) mereka yang bersalin secara caesearan (pembedahan). Biasanya bengkung berpelekat adalah pilihan ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, bengkung ini boleh didapati dari farmasi. Bagi wanita yang bersalin normal pula, mereka biasanya akan mengenakan bengkung tradisional yang mana harus diikat dan dililit lekap padan perut. Bengkung ini biasanya disertakan campuran herba khas terlebih dahulu sebelum digunakan aau dililit pada perut. Ini supaya, herba yang diletakkan pada bengkung tersebut boleh bertindak untuk menguatkan otot dan bahagian abdomen.

Kebaikan Berbengkung ini:
  • Menguatkan Kulit kendur pada kawasan perut
  • Menghilangkan parut atau tompok hitam pada perut (perkara biasa selepas melahirkan anak)
  • Merangsang aliran darah ke kulit pada sekitar bahagian perut.
  • Adalah dilarang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan untuk menggunakan herba. Bengkung mesti dipakai begitu sahaja tanpa ada herba.

2) Bertungku


Bertungku ini adalah rawatan paling asas sekali dan haruslah dilakukan ketika berpantang. Ini penting untuk melancarkan peredaran aliran darah kerana terdapat sel-sel dalam badan terputus semasa proses bersalin. Apatah lagi , apabila wanita itu melahirkan anak lelaki. Selain daripada itu, bertungku ini membantu dalam proses pengecutan rahim atau sistem peranakan.

Kebaikan bertungku ini adalah;
  • Mengeluarkan darah beku dalam badan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan seseorang wanita itu jika kekal di dalam tubuh.
  • Mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh
  • Bertungku pada bahagian paha dan punggung adalah untuk proses pemecahan lemak
  • Melegakan lenguh kaki akibat kontraksi yang lama sebelum melahirkan anak. Walaupun bersalin secara pembedahan, bertungku adalah digalakkkan.

3) Pilis


Pilis ialah campuran rempah yang diletakkan pada dahi wanita selepas bersalin yang bertindak untuk mengelakkan rasa mengantuk dan keletihan dalam kalangan para ibu yang banyak menyusukan bayinya tidak mnegira masa. Pilis ini juga membantu darah mengalir dengan lebih baik dan menggebukan kulit wajah. Pilis ini digunakan bagi menyejukkan dahi dan mengelakkan serangan sakit kepala.

Sementara itu, rambut yang diikat tinggi bagi mengetatkan kulit di sekitar kepala. Bahan utama yang ada dalam campuran rempah pilis adalah jintan hitam. Ini kerana rempah ini mempunyai kandungan minyak yang stabil dan mudah meruap.


4) Param


Param ialah rawatan ynag banyak diamalkan oleh masyarakat Jawa. Param ini merupakan pemanas badan bagi mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Biasanya param ini berbentuk serbuk dan haruslah dibancuh sebelum disapukan pada keseluruhan tubuh wanita berpantang.Wanita selepas bersalin tidak boleh bersejuk kerana mereka kehilangan banyak darah ketika bersalin. Oleh sebab itu mereka hendaklah memakai baju yang tebal supaya dapat sentiasa memanaskan badan.

Kelebihan lain param.
Menghangatkan tubuh dan melancarkan aliran darah.
Mengurangkan aliran air dalam badan.
Melegakan otot-otot yang sering keletihan dan juga menguatkan tisu dalaman tubuh
Membuang angin berlebihan dalam badan
Merawat masalah kulit yang tidak keterlaluan kerana ia bersifat antibakteria.


Selain dari 4 cara di atas adalah disarankan kepada wanita selepas bersalin ini supaya menjaga pemakanan mereka. Amalkanalah pemakanan bersifat panas seperti lada hitam, halia dan bawang putih. Jangan dilupakan madu asli kerana ia dipercayai dapat memperbaiki sistem dalam tubuh.

***************************************************
Boleh mengambil Shaklee Set Pantang
(VitaLea + B Complex + Vita C + Zinc Complex)

1. B kompleks (120bj)

-kesihatan sistem saraf
-byk saraf kita terputus ketika proses bersalin 

2. Vitalea (multivitamin)
-mengandungi iron.
- iron perlu untuk membantu menambah darah kerana kita kehilangan darah yg sgt banyak ketika proses bersalin.

3. Zink 120biji 
- mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.

4. Vita C 
-membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
-mencerahkan kulit terutamanya kat kawasan yg teruk terjejas seperti celah peha, leher,ketiak dan perut

**********************************
Dapatkan harga murah anda dengan menghubungi Megi
******************************************

Hubungi Megi 0169571850

Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.

Labels: ,

Tuesday, 24 September 2013

OmegaGuard

Kelebihan OmegaGuard Shaklee

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia yang mana diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. OmegaGuard Shaklee adalah 3 kali ganda tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega lain yang ada di pasaran, OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia yang mengandungi  rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajina OmegaGuard Shaklee membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.

Kebanyakan Pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi unutk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkinin untuk menghasilkan OmegaGuard Shaklee ini. Kaedah ini dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propreitari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya seperti plumbum, merkuri,arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB(polyclorinated bipheny - iaitu bahan kimia industri yang paling toksik)

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega-3. Ia sangat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kenapa Ikan Laut Dalam?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia di mana penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol mengahdapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. 

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Nanti kalau saya sendawa, sendawa saya berbau hanyir ikan??
Hanya sebilangan kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, adalah disarankan untuk mengambil minyak ikan ini sebelum makan atau bila perut kosong.

Minyak ikan ini akan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh yang demikian, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan wanita yang hamil yang sudah hampir masa bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan ini.

APAKAH MANFAAT OMEGAGUARD SHAKLEE INI?

1) Asid lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan HDA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin yang kemerah-merahan.

2) Mencegah penyakit saluran darah dan strok; DHA dan EPA boleh menentag thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah kepekatan darah, sebagai pelincir saluran darah untuk peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itulah, ia efektif untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3) Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori; DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin senasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

4) Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru di mana ia mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5) Menentang cancer; Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh memecahkan kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6) Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis); Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.
Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif.

7) Mencegah insomnia dan membantu menguragkan tekanan; Kajian membuktikan bahawa DHA dan EPA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan metal termasuklah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Perbandingan Produk OmegaGuard Shaklee dengan Produk Lain



Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut dan bagaimana untuk mendapatkan Omega Guard anda :        
xoxo ♡ 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850        
FB: Megi's Health Corner
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels: , , , , ,

Sunday, 22 September 2013

Advance Joint Health Tablets (AJHT)


AJHT mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang memang dipercayai mampu meningkatkan keselesaan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuman yang terbukti secara kinikal: iaitu;
i) Menggalakkan mobiliti
ii) Meningkatkan fleksibiliti
iii) Meningkatkan fungsi sendi
iv) Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Kandungan utama dalam AJHT Shaklee

Ekstrak Boswellia: Mengandungi asid boswellik yag menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaaan sendi. Ekstrak proprietary Boswellian mengandungi konsentrasi tinggi AKBA (3-acetyl-11 keto-beta-oswellic acid), satu asid boswellic dan lain -lain konstituen Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktif yang lebih unggul dari hanya AKBA. Kajian klinikal terbaru, pengguna AJHT mengatakan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakkan yang lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding dengan mereka maengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

Ekstrak Jagung: Ekstrak ini membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelincir. Banyak kajian mengatakan supplemen glukoasamin memang membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti. Kajian bertahun, glukosamin sendi ini menampilkan glukosamin hidroklorid, sumber paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi daripada sumber sayuran, berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

Vitamin C: Membekalkan 100% Daily Value vitamin C, satu nutrien yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

Zinc, Kuprum dan Mangganes: Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Kelebihan AJHT:
Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari

Ciri-Ciri
100% bebas kekerang
100% vegetarian
100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
Hanya 2 caplets sehari
Caplet yang mudah ditelan
Tiada perasa tiruan, pemanis dan pengawet
Bebas gluten


Testimoni Pengambilan AJHT dan Ostematrix





*******************************************
Harga Pasaran RM124 

Megi 0169571850

Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.


Labels: ,

GOUT


Apakah itu GOUT?
Gout adalah satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia didifinisikan sebagai aras plasma urate (asid urik) yang melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout tetapi biarpun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya seseorang itu akan mengidap penyakit gout.

Gout terkenal di kalangan kaum lelaki kerana ianya sering menyerang kaum adam ini. Namun begitu kaum hawa juga tidak lari dari diserang gout; hanya selepas monopaus, tapi ini jarang berlaku.

Apabila gout menyerang, kaki biasanya akan menjadi sasaran di mana tulang pada ibu jari akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit (mencucuk-cucuk)  hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Penyakit ini dikatakan adalah penyakit tertua yang mula dikenalpasti lebbih dari 2000 tahun dahulu. Gout ini adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang disifatkan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum dikenalpasti. Namun demikian, mereka yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV Hyperlipidaemia, Diabetes Mellitus, Ischaemic Heart Disease dan hypertension. Kadang-kadang, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka sendiri.

PERINGKAT GOUT

Gout boleh dibahagikan kepada 4 peringkat; 
i)  Asimptomatik (tiada simptom), 
ii)  akut, -pada kes ini, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba, biasanya akan menyerang tisu lembut pada beberap sendi
iii) interkritikal 
iv) kronik. 

Pada peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil Polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan seterusnya diikuti dengan demam. 

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Selain kaki, gout menyerang pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara 5 hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas. Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan menjadi sangat sakit

Namun yang demikian, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik. Pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang juga dipanggil GOUT PALSU atau pseudogout.

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA GOUT

i)  Jantina 
    Biasanya lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90% kes yang telah dilaporkan.

2) Gaya hidup
    Mereka yang banyak minum minuman beralkohol terutama beer cenderung mendapat gout.

3) Obesiti
    Terutama mereka yang mempunyai berat badan melebihi 66 kilogram daripada berat badan normal.

4) Penyakit (keadaan kesihatan dan ubat)
    Penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

5) Genetik
    Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

6) Umur 
    Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Menurut Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi. Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. Asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada pada sendi, buah pinggang atau kulit.
dan juga tangan yang mana dipanggil gout palsu atau pseudogout.  (sumber)

PERAWATAN
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi kita harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Antaranya ialah;

  • Rawatan serangan akut - rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


Rawatan Jangka Panjang
  • Harus sentiasa peka bagi mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Sentiasa menjaga berat badan 
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. 
  • -Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:
ELAKKAN MAKAN atau KURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin  (s)


Pencegahan

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:           
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels: ,

Friday, 20 September 2013

OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
 
Kelebihan OsteMatrix

Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, oseomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, - dengan pengambilan 600mg sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan stress - di mana ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dab stress. Juga memberbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dam ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti pada waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dann meransang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
*********************************************


Vitamin D:  dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, emmbaiki penyakit periodontal. Baik untuk Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu yang melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplement vitamin D.

Magnesium: Ini adalah ion positif #2, penting di dalam tubuh kita bagi menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan oto, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan sisa keluar dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu, ianya juga penting bagi mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, boron, manganes, kuprum: Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.




Harga OsteMatrix Shaklee : RM61.00
                                    
********************************************************************
Nak order dan ingin mengetahuai lebih lanjut?
Hubungi Megi 0169571850

Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.

Labels: , , ,

Wednesday, 18 September 2013

Kenali Shaklee

Sejarah Penubuhan Shaklee

Dr Forrest C Shaklee merupakan pengasas Shaklee (gambar).
Beliau telah mencipta 'Vitalized Minerals' iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia pada tahun 1915.

Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan Syarikat Jualan Langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Dalam pada ramai orang mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi iaitu dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen bagi menghasilkan vitamin. Beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah yang bersifat bidegrasi di dunia.





Ketahui Falsafah Shaklee - klik sini
Keistimewaaan Shaklee - klik sini
Sains Shaklee - klik sini
Peluang Menjana Pendapatan dengan Shaklee - Rujuk sini

Produk Shaklee

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:           
xoxo 
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Tuesday, 17 September 2013

GLA Shaklee (Gamma Linolenic Acid)

GLA = Minyak Borage + Minyak Bunga Matahari + Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA merupakan sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak daripada borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kaliganda lebih pekat dan 3 kaliganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitami E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

GLA ini dipercayai menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

Jika diambil secara konsisten kesan kepada kaum hawa akan sememangnya akan tersangatlah terserlah.

Manfaat utama GLA Complex keluaran Shaklee:

Memelihara kesihatan - borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
Mengawal estrogen dan testosteron - GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
Menambah kesuburan wanita - Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
Mencantikkan kulit - memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
Mencantikkan rambut - memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
Pelangsingan - merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) - terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Testimoni Pengguna GLA:










*************************************************************************
Dapatkan GLA hari ini dengang menghubungi Megi 0169571850

Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.

Labels: , ,

Monday, 16 September 2013

Fungsi lain Zinc Complex Shaklee


Ketahui Fungsi lain Zinc Complex 

  1. Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zinc berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  2. Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zinc di dalam badan. Zinc memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  3. Jerawat: Mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  5. Gangguan Prostat: Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zinc setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  6. Hilang berat badan: Zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  8. Pembiakan: Bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  9. Fungsi Biologi: Zinc memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  10. Jangkitan: Zinc membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. Antioksidan: Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  12. Aturan Enzim: Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zinc.
  13. Kanser: Bagi lelaki, zinc memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  14. Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zinc. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zinc.
  15. Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zinc. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zinc, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zinc akan membantu mencegah keguguran rambut
  16. Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zinc perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  17. Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zinc akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zinc dan akan memperbaiki penglihatan mata. (Credit)

*************************************************************************

Yang penting harga JIMAT dan MURAH menanti :) Hubungi Megi 0169571850

Shaklee Independent Distributor 971669
Email: mg.healthcorner@gmail.com
Facebook Page: Megi's Health Corner
Atau add Megi sebagai friend di fb anda.

ZINC COMPLEX

ZINC COMPLEX SHAKLEE


APA ITU ZINC? 
Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. 

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

1) Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.
2) Menghilangkan spot warna putih pada kuku jari (jika banyak white spots pada kuku kita bermakna badan kita kekurangan zinc)
3) Mengembalikan hilang selera makan
4) Mengelakkan masalah prostat
5) Membantu masalah ketidaksuburan (infertility)
6) Menggalakkan petumbuhan sihat (immune booster)
7) Mengurangkan penempelan kolestrol 
8) Membantu dalam rawatan masalah mental 
9) Mengurangkan tempoh kekerapan diserang demam
10) Mengurangkan masalah rambut gugur dan uban sebelum waktunya





Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:        
     
xoxo ♡
Megi | ID: 971669 | Call/SMS 0169571850         
FB: Megi's Health Corner 
Email: mg.healthcorner@gmail.com

Labels: ,